CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3798|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tinggalkan makanan syubhah, wajib cari yang halal - Mufti Pahang

[Copy link]
Post time 10-9-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Rahman berkata, umat Islam wajib mencari makanan yang halal dan peniaga perlu jujur dalam pengendalian makanan. FOTO Arkib NSTP.

Kuala Lumpur: Umat Islam perlu meninggalkan makanan diragui ataupun syubhah dan bertanggungjawab mencari makanan yang diyakini halal.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, peniaga juga perlu bertanggungjawab dan jujur dalam pengendalian makanan supaya tidak menimbulkan keraguan.

Menurutnya, walau di mana orang Islam berada, mereka mesti bertanggungjawab untuk mencari makanan yang diyakini halal dan meninggalkan sesuatu yang samar serta tidak jelas hukumnya.

"Benda syubhah boleh jatuh kepada haram, lebih baik kita tinggalkan. Orang Muslim elak makan di situ (mana-mana premis yang diragui).

"Premis orang Muslim (pelanggan) boleh tanya sendiri untuk buktikan (bahan digunakan) dan peniaga perlu bertanggungjawab serta jujur untuk menjawabnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas mengenai isu premis nasi ayam claypot di Sri Petaling, di sini yang tular di media sosial, selepas status halalnya diragui kerana didakwa menggunakan rice wine atau wain beras.

Dr Abdul Rahman berkata, mengenai dakwaan terhadap penggunaan terlarang oleh premis itu, siasatan perlu dilakukan untuk pengesahan.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal ke atas premis itu dan semakan Portal Halal menunjukkan premis tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -halal-mufti-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.124386 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list