View: 5457|Reply: 0
|
[Johor]
Belum sehari bergelar YB, Suhaizan terima lebih 30 permohonan
[Copy link]
|
|
Suhaizan (tengah) pada Majlis Kesyukuran Rakyat dan Petugas PRK Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Dewanraya Taman Bukit Indah, hari ini. - Foto NSTP/Omar Ahmad
JOHOR BAHRU: Tidak sampai 24 jam selepas dipilih sebagai wakil rakyat Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam, Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kayat memaklumkan sudah menerima lebih 30 permohonan daripada penduduk kawasan itu.
Katanya, permohonan diterima itu lebih kepada pembangunan dan baik pulih infrastruktur awam, termasuk pembinaan sekolah.
"Permohonan penduduk (pengundi) lebih 30 itu yang saya catat ada juga yang disebut kepada wakil kita dalam siri kempennya sepanjang dua minggu lalu, jadi ada tambahan yang perlu diteliti.
"Sekarang ini kita pun sudah hujung tahun, jadi itu merupakan cabaran kita bagaimana hendak uruskannya (permohonan).
"Insya-Allah saya tidak akan pinggirkan walaupun mereka tidak mengundi saya, saya akan berkhidmat untuk negara, semua rakyat Malaysia akan dapat pembelaan, sama-sama kita bantu," katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Rakyat dan Petugas PRK Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Dewanraya Taman Bukit Indah, di sini, hari ini.
Dalam ucapannya Suhaizan yang juga bekas Speker DUN Johor, akan berusaha untuk meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Katanya Allahyarham banyak memberi tunjuk ajar dalam politik negeri dan negara dengan melantiknya sebagai Setiausaha Politik.
"Antara usaha untuk didik saya, arwah selalu sebut mahu pegawai dia termasuk saya jadi seperti dia, jadi kita cuba usahakan untuk memenuhi harapan arwah seperti santuni masyarakat dan pendekatan politik sederhana," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lebih-30-permohonan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|