View: 2813|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Bentang peluang baru pekerjaan anak muda
[Copy link]
|
|
PENGGUNAAN teknologi retort dalam pembungkusan makanan memberikan jangka hayat lebih lama selain menjimatkan masa dan tenaga kerja. - Gambar fail
Kuala Lumpur: Transformasi industri terutama dalam penggunaan teknologi tinggi di bawah inisiatif Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menjadikan Malaysia lebih berdaya saing bukan hanya dalam kalangan negara serantau, malah di peringkat global.
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff berkata, inisiatif NIMP 2030 mampu melonjak dan membolehkan negara meneroka industri baharu untuk menjadi negara pengeluar dan bukan negara pengguna semata-mata.
"Saya lihat NIMP menjadi keperluan wajib kepada negara dengan mengambil kira situasi ekonomi global yang tidak menentu dan kepesatan teknologi baharu.
"Jika negara kita kekal dengan industri tradisi, amat sukar kita mengekalkan daya saing dan ekonomi mampan.
"Saya percaya, kalau NIMP dilaksanakan pada landasan betul, ia boleh melonjakkan ekonomi negara dan membuka peluang penciptaan pekerjaan anak tempatan berbanding bergantung kepada tenaga buruh luar," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, pelaburan asing diperlukan bagi membolehkan Malaysia menikmati manfaat pelaksanaan NIMP 2030 dengan lebih pantas.
"Lonjakan itu tidak dapat dilakukan hanya dengan inisiatif tempatan, tetapi harus didorong dengan pelaburan asing yang membolehkan berlaku pemindahan teknologi dan kepakaran dengan lebih cepat.
"Pada masa sama, ini menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi terutama kepada anak tempatan dengan gaji lebih kompetitif," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Sharifah Food Industries Sdn Bhd, Rohani Borhan berkata, pelaksanaan NIMP 2030 menjadikan pengeluaran industri Malaysia lebih ke hadapan setanding negara maju.
"Negara maju seperti Jepun sudah lama menggunakan teknologi, namun Malaysia bukan ketinggalan, contohnya dalam teknologi retort makanan, sebenarnya kita sudah ke depan berbanding negara serantau seperti Indonesia, Brunei dan Filipina.
"Teknologi retort ini memang bagus digunakan dalam pembungkusan makanan supaya lebih cepat dan mudah dibawa ke mana-mana selain ketahanan produk mencecah dua tahun berbanding simpan dalam peti sejuk kerana rasanya berubah dan besar kemungkinan risiko tinggi bakteria hidup," katanya.
Dengan NIMP 2030, beliau yakin industri Malaysia berpotensi berkembang maju selain pengeluaran lebih efisien dan menjimatkan kos.
"Dengan teknologi baharu, ia membantu pengusaha kafetaria misalnya, menyelesaikan masalah mencari pekerja kerana mereka tidak perlu tenaga kerja mahir untuk memasak, sebaliknya gunakan produk segera yang selamat dan sihat hasil daripada keluaran produk teknologi retort.
"Ini bermakna, teknologi baharu menjadikan penyediaan makanan lebih cepat dan efisien kepada pelanggan selain mengekalkan keenakan rasa makanan, sihat dan selamat sama macam kita masak manual selain kos pun jimat," katanya.
Pada masa sama katanya, kerajaan perlu mengkaji semula usaha ke arah mencipta atau meneroka peluang pekerjaan baharu untuk anak tempatan bagi menggantikan penggunaan teknologi tinggi.
"Apabila teknologi canggih masuk dalam mana-mana industri, ia dapat memendekkan masa pembuatan dan tidak memerlukan tenaga kerja ramai. Jadi kerajaan perlu cipta pekerjaan sesuai mengikut peredaran masa.
"Misalnya, perlu teliti lagi apa bidang pekerjaan baharu bagi anak muda yang baru keluar dari universiti dan lulusan bidang teknikal.
"Mungkin mereka boleh gunakan digital dalam konsep jual beli serta teroka bidang baharu termasuk perniagaan yang ada permintaan tinggi seperti kafetaria dan sebagainya," katanya.
NIMP 2030 yang dilancarkan di bawah kerangka Ekonomi MADANI menumpukan matlamat dan misi menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu.
Hasilnya, transformasi digital dalam industri bukan sahajamengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, unggul tetapi akan meningkatkan keupayaan Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pekerjaan-anak-muda |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|