CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1726|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiga beranak mati: Polis tunggu keputusan toksikologi

[Copy link]
Post time 11-9-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Kuala Lumpur: Polis sedang menunggu keputusan toksikologi tiga beranak ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik di pangsapuri di Kampung Ampang Bharu, Ampang di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan toksikologi dijangka keluar dalam tempoh dua minggu lagi bagi mengetahui punca kematian seorang wanita dan dua anaknya.

"Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan siasatan dijalankan pihaknya bagi mengenal pasti motif kejadian termasuk masalah kewangan.

Khamis lalu, seorang wanita berusia 42 tahun serta dua anaknya masing-masing berusia 15 dan 14 tahun ditemui dalam sebuah bilik di kediaman di tingkat tiga pangsapuri berkenaan pada jam 7.44 pagi.

Hussein dilaporkan berkata, turut ditemui arang bersama penyala api diletakkan di bawah sofa bilik itu serta surat wasiat dan wang bercampur.

Malah, katanya, mayat tiga beranak itu ditemui di dalam bilik tidur pertama dengan pintu dan tingkap bilik ditutup rapat menggunakan pita pelekat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... putusan-toksikologi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.046224 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list