CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1839|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Warga asing ditahan, pemilik gerai Pasar Besar Seremban disaman

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Jaja di Pasar Besar Seremban, di sini, awal pagi semalam. Foto ihsan JIMNS

Seremban: Kehadiran semakin ramai warga asing yang menjaja di Pasar Besar Seremban di sini, menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan peniaga dan pengunjung premis berkenaan.

Tindakan peniaga warga tempatan yang menyewakan atau mengambil pekerja asing tanpa permit sah juga menjadi faktor kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) berkenaan.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), Kennith Tan Ai Kiang berkata, susulan aduan orang awam itu, pihaknya menjalankan satu pemeriksaan dan menahan 14 warga asing di situ kerana pelbagai kesalahan, awal pagi semalam.

"Dengan kekuatan 16 pegawai, JIMNS melaksanakan Ops Jaja bertempat di Pasar Besar Seremban, 5.40 pagi semalam.

"Sebanyak 10 premis termasuk sekitar lokasi diperiksa yang merangkumi gerai sayur, gerai makan serta gerai menjual ayam dan ikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, 38 pekerja warga asing berusia antara 23 dan 40 tahun termasuk pelanggan dikumpulkan bagi tujuan dokumentasi.

"Hasil pemeriksaan, 14 warga asing yang terdiri daripada tujuh lelaki warga Indonesia, seorang wanita Indonesia, seorang lelaki Pakistan, empat lelaki Myanmar dan seorang wanita Myanmar melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

"Mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Tambah beliau, sembilan warga Malaysia iaitu pemilik gerai yang disyaki terbabit diberikan Borang 29 (saman kepada saksi) untuk hadir di Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasa JIMNS untuk membantu siasatan.

"Kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng di Nilai untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-seremban-disaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.530943 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list