View: 2697|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Bapa, ibu tiri ditahan dera anak usia 6 tahun
[Copy link]
|
|
JEMPOL: Ibu tiri dan bapa kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditahan polis selepas dipercayai mendera kanak-kanak berkenaan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata polis menerima maklumat berkaitan kejadian daripada orang awam pada jam 2.30 petang semalam.
Katanya berdasarkan maklumat, terdapat seorang kanak-kanak sudah melarikan diri dari rumah dan terdapat kesan luka pada bahagian badan.
"Siasatan awal mendapati mangsa sudah didera sejak Mac lalu sehingga dia keluar dari rumahnya.
"Mangsa dipercayai dipukul oleh ibu tirinya yang berusia 31 tahun dan bapa kandungnya, 27, dengan tangan, menendang, merotan dan menggunakan senduk kayu.
"Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat banyak kesan parut dan luka di seluruh badan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Chang Hook berkata mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) bagi rawatan lanjut sebelum doktor mengesahkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada badan.
Katanya kedua -dua suspek direman tujuh hari dan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak -Kanak 2001.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-anak-usia-6-tahun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|