CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27403|Reply: 273

Wakil Terima Anugerah Dipecat Selepas menyeksi di Malam ASK itu-ada gambo

  [Copy link]
Post time 7-1-2011 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja sudah diingatkan berpakaian cantik tetapi sopan

GARA-gara tampil dengan berpakaian menjolok mata pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010), 24 Disember lalu, Pengarah Urusan, World Evolution Brain (M) Sdn Bhd (WEB), Jurey Latiff Rosli terpaksa menamatkan perkhidmatan pekerjanya serta-merta pada 27 Disember lalu.
Kemunculan kakitangannya itu yang dianggap mewakili syarikatnya untuk mengambil trofi di atas pentas dengan pakaian dianggap sebagai kurang sopan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa oleh kebanyakan tetamu, termasuklah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Malahan Rais sendiri turut menegur segelintir artis wanita yang hadir pada ASK2010 kerana masih gemar berpakaian mendedahkan badan agak keterlaluan.

Jurey yang dihubungi HIP baru-baru ini berkata, pihaknya sangat kesal dan memandang serius teguran menteri serta pihak media dengan apa yang berlaku sebelum ini.

“Sepatutnya majlis ASK2010 itu saya harus hadir, tetapi disebabkan saya terpaksa berada di Bangkok Thailand untuk menyiapkan kerja-kerja pasca produksi untuk filem Libas, saya terpaksa arahkan pekerja saya.

“Sebelum saya berlepas ke Bangkok, pihak TV3 ada menghubungi untuk menyerahkan tiket majlis itu tetapi saya terpaksa maklumkan yang saya terpaksa berada di Bangkok pada tarikh itu.
“Namun selepas mereka bersungguh-sungguh menyuruh saya pergi, saya dapat rasakan memang ada sesuatu, saya dapat rasakan yang syarikat saya akan merangkul salah satu anugerah malam itu lalu terus mengarahkan salah seorang pekerja saya pergi mewakili saya dan syarikat.

“Oleh sebab saya dapat mengagak yang kami akan menang, saya menyuruhnya agar memakai cantik-cantik kerana ia adalah majlis berprestij yang turut dihadiri menteri,” katanya yang lebih merasa bimbang daripada kegembiraan biarpun berjaya merangkul salah satu anugerah di ASK2010.

“Terus terang saya lebih merasa bimbang apabila mendapat tahu yang syarikat saya menang kerana di sebalik kemenangan itu ada cerita lain yang lebih orang perkatakan.

“Sebaik pulang daripada Bangkok saya terus berjumpa dengannya dan bertanyakan apa yang berlaku. Ada kalanya penampilan kita harus sesuai dengan majlis dan alasannya dia tiada pakaian lain kecuali apa yang dia pakai pada malam itu saja sukar untuk saya terima.

“Memandangkan dia masih dalam pemerhatian syarikat sebelum sah bergelar sebagai pekerja tetap, saya terpaksa menamatkan perkhidmatannya, saya rasa dia masih ada peluang yang lebih baik di tempat lain,” katanya yang masih berada di Tawau, Sabah ketika dihubungi bagi melihat lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Kalabakan.

WEB memenangi kategori Videografi Terbaik dalam ASK2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Disember lalu menerusi drama Datang Bulan yang pernah disiarkan Astro Ria.







dah kena pecat pulok doh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 10:00 AM | Show all posts
hahaha..sebab jadi isu..... cuba tak jadi isu...tak de nya nak claim memalukan syarikat.... bangga lagi ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 10:02 AM | Show all posts
hahaha..sebab jadi isu..... cuba tak jadi isu...tak de nya nak claim memalukan syarikat.... bangga l ...
craven Post at 7-1-2011 10:00



    so hipokrit sebab nak jaga nama baik syarikat...cheh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:02 AM | Show all posts
kesiannye satu kesilapan dihukum 1malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:03 AM | Show all posts
Staff menyeksi, bos pegi bangkok siam
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:04 AM | Show all posts
kesian pulak kat dia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2011 10:04 AM | Show all posts
camana nk contact dia? nk ambik dia kejalah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:05 AM | Show all posts
aku rasa die dipecat bkn psl seksi semata... musti ade sbb lain... klau die cekap wat koje... at least kasi warning saje... maybe die lg byk mengedik dr wat koje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 10:05 AM | Show all posts
kesian gak dgn ppuan ni.napa dia saja yg kena,kan melabak2 yg pakai tak cukup kain masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:06 AM | Show all posts
den siyes nih....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:07 AM | Show all posts
dun wory..rezki ada dimana2..yg penting belajar dr kesilapan..jgn nak menyeksa tak sudah2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:08 AM | Show all posts
kesian kat anak yatim, telan air lior tgk
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:10 AM | Show all posts
Reply 1# abgboroi


    sebab ni pun kena pecat ke...lainla beliau curi tulang..tak de kualiti..tak menguntungkan syarikat ke...adehhh...tak boleh sekadar menasihat dulu ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:10 AM | Show all posts
ini semua kes rais yatim punya kenyataan punya pasal... tak memasal jer minah nie kena pecat... pecat kena bayar gaji ganti notis... kalau tak bayar.. sila repot ke pejabat buruh berdekatan.. kita buat kes buruh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:10 AM | Show all posts
camana nk contact dia? nk ambik dia kejalah....
TanSriJess Post at 7-1-2011 10:04

senang nak dpt bisnes ek tansri...?? guna pompuan camnih mmg biasa sgt kan... nak melayan dato gatal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2011 10:10 AM | Show all posts
kesian gak dgn ppuan ni.napa dia saja yg kena,kan melabak2 yg pakai tak cukup kain masa tu.
voiletiris Post at 7-1-2011 10:05



    perempuan ni jadi kambing hitam....yang pi hantar minah ni siapa pulak yang suruh...tv3 pun sama...takde etika kot berpakaian ker...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 10:10 AM | Show all posts
cantik dan montok..ramai yg sanggup terima dia lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:10 AM | Show all posts
jap...jap.. ni pekerja dia melayu ke bangsa asing....??
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:10 AM | Show all posts
menda la bos ni

dah soh staff gi function as company rep,
dia dah tau tu anugerah ala2 pretij
pastu staff tu pun baru join, still under probation
kot2 gaji pun tak cukup nak beli party gown nak attend award

bos tu patut bagi elaun baju ke hapa ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:11 AM | Show all posts
Reply  abgboroi


    sebab ni pun kena pecat ke...lainla beliau curi tulang..tak de kualiti..ta ...
noor2 Post at 6-1-2011 20:10



    btol tu noor, sy pon setuju
napa tak kasi warning je, tau-2 dah kene pecat..sian nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.085253 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list