CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3196|Reply: 0

[Johor] Tapak pelupusan sampah Johor kritikal – SWCorp

[Copy link]
Post time 17-9-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode

CAIRUL HISYAM JALALUDIN (tiga dari kiri) bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong sempena Program World Cleanup Day (WCD) Tahun 2023 Peringkat Negeri Johor di Kampung Pasir Gudang Baru, Johor Bahru.




JOHOR BAHRU: Tapak pelupusan sampah di negeri ini berada dalam keadaan kritikal ekoran peningkatan pembuangan sisa pepejal dalam kalangan penduduknya.

Justeru, Pengarah SWCorp negeri, Cairul Hisham Jalaluddin berharap tapak pelupusan sampah baharu di Bukit Payung, Batu Pahat dapat beroperasi dengan segera, iaitu dijangka pada suku pertama tahun depan.

“Kalau ikutkan maklum balas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kemungkinan suku pertama 2024 tapak pelupusan itu dibuka. Tapak pelupusan sampah di Pekan Nanas sudah penuh, manakala ada beberapa lokasi lain sudah ditutup,” katanya ditemui selepas menghadiri Program World Cleanup Day (WCD) Tahun 2023 Peringkat Negeri Johor di Kampung Pasir Gudang Baru, di sini hari ini.

Program tereebut dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Ahmad Azhar Ab. Hamid dan turut dihadiri Ketua Kampung Pasir Gudang Baru, Daud Saad dan Pengerusi Nelayan Wilayah Johor Selatan, Azli Mohd. Aziz.

Sementara itu, Chairul Hisham turut memberitahu, pihaknya telah mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai persediaan menghadapi banjir berikutan fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 19 September ini dan berterusan hingga November depan.

“Kerajaan negeri juga ada sedia garis panduan pengurusan bencana, khususnya banjir yang tidak boleh dijangka.

“Banjir sekarang tak boleh nak jangka, kadangkala bulan Februari, Mac atau Jun, bila-bila boleh terjadi banjir dan kita perlu sentiasa bersiap siaga untuk hadapinya,” katanya.

Mengenai program pembersihan itu, beliau memberitahu, sebanyak 58 lokasi di seluruh Johor akan terlibat dalam program WCD 2023 yang mengumpulkan seramai 1,45 Sukarelawan Hero Kebersihan melibatkan 58 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk setempat. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... or-kritikal-swcorp/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.042136 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list