Justeru itu, penyanyi ini menitip pesanan kepada penonton untuk menghargai ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.
"Apa yang saya sesalkan sehingga sekarang, saya tidak pernah memberi mereka sebuah penghargaan seperti apa yang mereka berikan kepada saya.
"Buat teman-teman (penonton) yang ada di sini, jika masih mempunyai ibu bapa bahagiakanlah mereka... luangkan masa bersama mereka," ujarnya.
Penyanyi yang sebelum ini pernah menambat hati juri di America’s Got Talent 2023 melahirkan rasa penghargaan dengan mengucapkan terima kasih rakan artis iaitu Rossa kerana menjadi individu pertama yang membawanya ke Malaysia.
"Sejujurnya, Rossa merupakan insan yang membawa saya ke Malaysia buat pertama kali... bersama-sama menjayakan konsert beliau.
"Jadi sampai bila-bila saya akan kenang kerana tanpa Rossa tidak mungkin saya ada di sini. Terima kasih Rossa," jelasnya.
Konsert Dream Collaboration Vol. 4 Cakra Khan menampilkan 16 buah lagu termasuk Setelah Kau Tiada, Mencari Cinta Sejati, Hal Hebat, Kekasih Bayangan dan Harus Terpisah.
Selain persembahan solo, Cakra turut menyanyi bersama penyanyi jemputan iaitu Nadeera serta Riri Moeya menerusi lagu Seluruh Cinta dan Terlanjur Cinta.
Bukan hanya itu, selepas menyanyikan 16 buah lagu, Cakra menunaikan permintaan peminat yang memintanya menyanyikan sebuah lagi lagu.
Konsert tersebut diserikan dengan sebuah lagi lagu tambahan atas permintaan peminat iaitu Terlanjur Cinta nyanyian duet asal bersama penyanyi Hael Husaini.
Sumber: mStar