View: 2143|Reply: 0
|
[Johor]
'Mohon ehsan saudara saudari, saya perlukan RM10,000 untuk biaya bedah jantung anak'-Eddy
[Copy link]
|
|
Raidahatul Aisyhah ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Julai lalu. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Mana kami nak cari baki RM10,000 sedangkan anak perlu jalani pembedahan jantung berlubang Ahad ini," demikian rintihan Eddy Herwan Bohari, 47, bapa kepada Raidahatul Aisyhah, 6, yang menghidap jantung berlubang sejak lahir.
Raidahatul Aisyhah perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas pemeriksaan mendapati terdapat lubang pada jantung berdekatan injap yang boleh mengancam nyawanya.
Menurut Eddy, anak bongsu daripada tujuh beradik itu mengalami penyakit berkenaan sejak lahir apabila terdapat dua lubang pada jantungnya, namun satu daripadanya sudah tertutup sendiri ketika dia membesar.
Dia yang menetap di Kampung Parit Kassim dekat Gambir berkata, ketika ini, satu lubang masih kekal yang mana ia berada bersebelahan injap.
"Berdasarkan surat daripada IJN, Raidahatul Aisyhah akan dimasukkan ke wad pada Jumaat ini untuk persiapan proses pembedahan. Ketika ini, kami masih kekurangan dana untuk menampung kos pembedahan.
"Kos pembedahan keseluruhan ialah RM45,000 namun kami mendapat subsidi daripada kerajaan sebanyak RM30,000. Baitulmal sumbang RM4,800 dan kami masih kekurangan RM10,000," katanya ditemui.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank di 151089504842 atau Bank Simpanan Nasional di 0115929000015356 atas nama Eddy Herwan Bohari.
Menurut Eddy, doktor memberitahu, Raidahatul Aisyhah perlu menjalani pembedahan segera kerana injapnya akan 'tersedut' dan rosak jika dilengahkan.
Katanya lagi, dengan hari pembedahan semakin hampir, dia dan isteri, Saimah Sobari, 43, bingung memikirkan bagaimana mahu mendapatkan baki wang diperlukan untuk pembedahan itu.
"Kami diberitahu, penyakit dialami Raidahatul Aisyhah jarang berlaku dan hanya boleh terjadi ke atas dua atau tiga orang daripada 100 penduduk.
"Itupun selepas ujian imbasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Julai lalu, dan doktor meminta kami segera melakukan pembedahan. Kalau lubang jauh daripada injap, ia tidak mendatangkan masalah," katanya.
"Kos perjalanan, makan minum di sana (IJN), kami tak risau, adalah sedikit duit untuk kami guna nanti.
"Saya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu, jadi itulah yang merisaukan kami. Saya memang tak mampu nak menampung baki kos itu apatah lagi pembedahan hanya tinggal beberapa hari.
"Raidahatul Aisyhah mungkin nampak sihat di mata orang lain namun sebenarnya, dia tidak boleh terlalu aktif dan jika demam, nafasnya agak kuat berbanding kebiasaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... biaya-bedah-jantung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|