View: 4143|Reply: 0
|
[Johor]
Atap rumah berlubang dipanah petir, suami isteri terselamat
[Copy link]
|
|
Keadaan premis perniagaan MS Downtown Parit Raja rosak akibat kejadian ribut. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
BATU PAHAT: Bacaan ayat suci al-Quran serta selawat ke atas nabi menjadi penyelamat kepada pasangan suami isteri selepas rumah mereka disambar petir dalam kejadian ribut serta hujan lebat di sekitar Parit Raja, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pasangan hanya mahu dikenali sebagai Azizah, 60, dan Mohamad, 60, berada dalam ketakutan selepas satu panahan tepat mengena bumbung menyebabkan atap genting berlubang.
Menceritakan peristiwa itu, Azizah berkata, sewaktu kejadian mereka berdua sedang berehat dalam rumah sebelum dikejutkan dengan angin kuat serta hujan lebat.
"Bayangkan kami melihat pokok seolah-olah hampir tumbang ditiup angin disusuli dengan kilat dan petir. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba satu dentuman kuat singgah atas bumbung menyebabkan berlubang.
"Panahan itu menyebabkan air hujan mencurah-curah masuk ke ruang tamu dalam rumah dan kami berdua hanya mampu melihat sambil berdoa. Tidak sangka perkara ini berlaku kerana selama ini, kami hanya melihat kejadian seperti ini di luar negara," katanya ketika ditemui hari ini.
Kejadian ribut itu berlaku kira-kira setengah jam dan berakhir pada jam 5.15 petang, turut menyebabkan 13 premis perniagaan di MS Downtown Parit Raja turut rosak apabila bumbung dan tiang besi tercabut.
Sementara itu, pemilik kedai telefon, Mohd Fikri Md Yusof, 38, melalui detik cemas apabila terpaksa bersembunyi di bawah meja selepas terperangkap dalam premis susulan angin kuat dan hujan lebat.
"Waktu kejadian hanya saya buka perniagaan, tiba-tiba ribut dan hujan lebat. Saya cuba keluar namun gagal kerana pintu tidak boleh dibuka akibat ditolak angin.
"Dalam keadaan kelam-kabut, saya tiada pilihan terpaksa bersembunyi bawah meja kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku. Pada masa sama, saya hanya mampu melihat bumbung kedai tercabut," katanya yang menjalankan perniagaan sejak 2019.
Bagi peniaga pakaian terpakai, Hanafiah Hasan, 40, dia mendakwa kerugian sekitar RM45,000 disebabkan bumbung tercabut serta cermin kedainya pecah.
"Kerosakan banyak kepada kedai, barang niaga pula dibasahi hujan. Ketika itu, saya tiada di kedai dan hanya mendapat maklumat mengenai kejadian ini.
"Apabila hujan reda barulah saya datang melihat apa yang terjadi. Namun, saya reda dan perlu membaiki kerosakan dalam kedai dan mungkin mengambil masa dua bulan untuk kembali berniaga," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-isteri-terselamat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|