CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2826|Reply: 0

Piastri kekal bersama McLaren hingga 2026

[Copy link]
Post time 21-9-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

OSCAR Piastri bersama jentera McLaren. FOTO AFP

London: Pasukan Formula Satu (F1) McLaren terus mengikat pemandu utamanya, Oscar Piastri dengan menawarkan kontrak lanjutan sehingga 2026.

Pemandu berusia 22 tahun kelahiran Australia itu berjaya meyakinkan pengurusan pasukan dengan kejayaan menamatkan saingan di kelompok lima terbaik dalam dua saingan sebelum ini.

Malah, Piastri kini sudah mengumpul 42 mata hasil pemanduan konsistennya bersama pasukan itu sekali gus menjadi aset terbaharu McLaren.

Prinsipal McLaren, Andrea Stella berkata, pasukannya berbesar hati berjaya mengikat Piastri untuk tempoh lebih panjang.

"Adalah hebat untuk mengesahkan bahawa Piastri sudah menandatangani kontrak dengan pasukan.

"Dia adalah aset kepada McLaren dan kami kagum dengan prestasi, etika kerja dan sikapnya. Jadi ia adalah keputusan yang mudah untuk dibuat oleh pasukan.

"Dia membuktikan betapa kehadirannya akan dapat membantu pasukan memenangi kejuaraan pada masa depan. Saya tidak sabar untuk melihatnya maju bersama kami," katanya.

Untuk rekod, Piastri menjuarai F3 pada musim 2020 dan F2 setahun kemudian sebelum 'dinaikkan' pangkat ke F1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mclaren-hingga-2026
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.079358 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list