CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3618|Reply: 0

[Selangor] Mangsa sindiket penipuan pekerjaan diselamatkan tanpa bayar tebusan

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

MANGSA sindiket pemerdagangan manusia disambut ibu bapanya di Klia2 semalam. FOTO Samadi Ahmad

Sepang: Seorang lelaki yang ditahan sindiket pemerdagangan manusia selama sebulan selepas tertipu dengan tawaran pekerjaan di Myanmar berjaya diselamatkan tanpa perlu membayar wang tebusan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa yang berusia 23 tahun dapat diselamatkan walaupun pernah cuba melarikan diri dan melawan selain didera oleh anggota sindiket.

Menurutnya, kelebihan dapat menggunakan telefon sendiri yang diberikan pihak sindiket dalam jangka masa tertentu membongkar misteri kehilangan mangsa yang dilarikan ke Myanmar selepas menghubungi ibubapanya menerusi WhatsApp.

Katanya, selepas dilarikan, mangsa pernah menghubungi keluarga sebanyak tiga kali meminta wang tebusan RM50,000 dan selepas itu ibu bapanya membuat laporan polis dan menghubungi wakil MHO di Perak bagi mendapatkan bantuan.

"Pada Ogos lalu, mangsa bersama seorang rakan mendakwa terpedaya dengan iklan di Facebook yang menawarkan tawaran kerja di Thailand dengan gaji lumayan RM200 sehari namun setibanya di sana mereka ditempatkan di sebuah hotel dan dibawa ke Mynmar," katanya selepas menyambut kepulangan mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia2) semalam.

Kepulangan lelaki itu diiringi wakil MHO yang bertindak membantu menyelamatkan mangsa dari sebuah bangunan yang dijadikan sebagai pusat sindiket dengan bantuan tentera Myanmar seterusnya dibawa ke Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.

Hishamuddin berkata, MHO masih mempunyai 30 kes di Myanmar yang dilaporkan ahli keluarga mangsa dan kebanyakannya sudah melebihi satu tahun dan masih belum dapat diselesaikan.

Menurutnya, sindiket kebiasaannya menghubungi ahli keluarga mangsa bagi mendapatkan wang tebusan dengan jumlah yang tinggi dan sekiranya tidak dibayar mangsa didera, tidak diberi makan dan dipukul dengan benda keras.

Katanya, wang tebusan yang diminta sindiket ini kadangkala tidak masuk akal kerana jumlahnya sangat tinggi iaitu sekitar RM30,000 hingga RM150,000.

"Terdapat satu kes ahli keluarga sudah membayar RM150,000 bagi membebaskan mangsa namun selepas mendapat wang pampasan sindiket terbabit masih tidak membebaskannya sehingga hari ini.

"Kes terbaru, sebuah keluarga diarahkan membayar RM1.2 juta dan sudah membayar RM90,000 kepada pihak sindiket untuk membebaskan mangsa sehingga terpaksa menjual tanah bagi mendapatkan sumber kewangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tanpa-bayar-tebusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.209599 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list