CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3615|Reply: 0

[Selangor] 'Pengsan asbab untuk saya berubah'

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Radzi berkongsi kisah hidupnya dengan pengamal media. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Selangor: Seorang peniaga kambing perap tidak menyangka insiden dia pengsan ketika berniaga di Bazar Ramadan di Tanjong Karang pada 2018, mengubah kehidupannya yang terjebak dengan dadah sejak 15 tahun lalu.

Menceritakan semula insiden itu, Mohd Radzi Abu Kassim, 39, berkata, dia yang kepenatan ketika berniaga di bazar Ramadan berkenaan, tiba-tiba pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan.

"Ketika menerima rawatan, doktor bertugas menjalankan pemeriksaan darah dan ujian air kencing yang didapati positif dadah sebelum merujuk kes saya kepada Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Selangor.

"Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai asbab bagi saya untuk berubah menjadi individu lebih baik terutama kepada keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, semalam.

Mohd Radzi berkata, tujuan asalnya dia mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu kerana mahu mendapatkan tenaga luar biasa semasa bekerja sebagai cef di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

"Dalam tempoh tiga tahun saya ambil dadah, hidup saya mula terumbang-ambing kerana gangguan emosi sehingga perkahwinan saya dengan isteri terlerai dan saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

"Selepas kembali ke kampung, saya hanya mengambil dadah secara on-off (tidak kerap) sahaja. Sudah ditakdirkan pada hari kejadian (pengsan), saya dimasukkan ke dalam program AADK (dalam komuniti)," katanya.



MOHD Radzi meneruskan perniagaan kambing golek yang diusahakan bersama abang sejak 2007. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin

Beliau berkata, sepanjang dua tahun menjalani program AADK dalam komuniti, dia banyak belajar ilmu untuk mendalami agama selain mendekatkan ukhwah dengan rakan yang turut terjebak dengan dadah.

"Sebaik keluar dari program berkenaan, saya meneruskan perniagaan kambing golek yang diusahakan bersama abang sejak 2007 sebelum membuat keputusan untuk memperluas produk hiliran lain iaitu kambing perap pada 2018.

"Selain itu, saya dan abang juga mengusahakan ladang ternakan membabitkan 70 lembu dan 20 kambing di kawasan berhampiran," katanya.

Dari segi permintaan terhadap kambing golek dan kambing perap, dianggarkan tiga hingga empat kambing atau hampir 100 kilogram (kg) daging diperuntukkan bagi memenuhi tempahan pelanggan terdiri daripada masyarakat setempat.

"Buat masa ini, tempahan secara dalam talian yang kami terima hanya membabitkan masyarakat sekitar sini sahaja kerana tidak mampu menampung permintaan yang tinggi," katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada golongan muda supaya tidak terjebak dengan dadah kerana tindakan itu boleh mengubah hala tuju hidup mereka nanti.

"Apabila kita sudah mula berjinak-jinak dengan dadah, ia akan mula mengubah hidup kita. Elok-elok sudah ada kerja bagus, terus berubah menjadi penganggur, itu antara penangan dadah.

"Justeru itu, jauhilah segala perkara yang boleh menjerumuskan kepada penagihan dadah seperti vape dan lain-lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -untuk-saya-berubah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042456 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list