CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3139|Reply: 0

[Johor] Derita bapa 13 anak hidap pelbagai sakit

[Copy link]
Post time 21-9-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode

Marzuki mengalami masalah radang hati, bengkak usus serta ketumbuhan di limpa menerima kunjungan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam di Permas Jaya. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: "Sebelum ini saya lakukan dua pekerjaan serentak bagi menyara anak yang ramai. Saya menjadi pemandu peribadi dan tukang rumah untuk mendapatkan wang," ujar bapa kepada 13 cahaya mata, Marzuki Mat Noh, 52.

Menurutnya, pendapatan diperolehi digunakan untuk membayar sewa rumah, membeli makan selain memastikan kesemua anaknya bersekolah.

Katanya, dia bagaimanapun disahkan menghidap radang hati, bengkak usus serta ketumbuhan di limpa pada Mac lalu.

"Pada awalnya saya hanya mengalami sakit kepala dan kemudian mula hilang selera makan.

"Sejak November tahun lalu, berat badan saya juga semakin merosot dan saya menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.

Marzuki berkata, dia juga kehilangan sumber pendapatan bulanan RM2,000 apabila terpaksa berhenti kerja.

"Sudah lama saya tidak dapat menjamah nasi dan hanya minum susu serta memakan bubur nasi. Buat masa ini, saya hanya dibekalkan ubat dan diminta melakukan rawatan susulan di hospital," katanya.

Marzuki berkata, dia bimbang memikirkan masa depan cahaya matanya yang masih bersekolah iaitu Mohd Firash, sembilan tahun, Noor Afiqah, 10, Mohd Iqraam, 13, Mohd Irsyadduddin, 15 selain anak bongsunya, Sumayyah, lima tahun yang masih belum didaftarkan pra sekolah.

Menurutnya, anak-anaknya lain sudah mula bekerja dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga sekadar termampu.

"Mereka bekerja sebagai pekerja kilang, pembantu kantin, pembantu tahfiz, bekerja di restoran makanan segera, pembantu di pasar tani, menjadi pemandu e-hailing serta bekerja di stesen minyak.

"Tiga daripada mereka juga terpaksa menanggung kos sewa bilik di luar kerana rumah sewa kami ini hanya memiliki dua bilik tidur dan agak sempit terutama ruangan untuk tidur," katanya.

Marzuki berkata, dia sekeluarga hanya bergantung bantuan sewa rumah bulanan sejumlah RM400 daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Sementara itu, isteri Marzuki, Asiah Abu Naim, 48, berkata, mereka bercadang untuk memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekiranya berpeluang demi meringankan beban keluarga.

Sementara itu keluarga berkenaan menerima sumbangan barangan dapur bernilai RM1,000 disampaikan oleh Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam dan kunjungan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya A, Syed Sallilah Assad Syed Mashor dan Ketua Kampung Senibong, Abd Rahim Moen.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Marzuki menerusi akaun bank Bank Simpanan Nasional (BSN) 0114841000026750.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idap-pelbagai-sakit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.109036 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list