CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wm255

MACAM MANA NAK HALAU ORG MENUMPANG RUMAH KITA SECARA BERHEMAH

[Copy link]
Post time 26-9-2011 10:29 AM | Show all posts
malam ni aku dah jelaskan kat abg ipar aku yg macam harem ni....tu pun lepas aku pi bercuti 1 mi ...
kerusi_malas Post at 26-9-2011 00:42



    ko nih memang bodoh la. ko kan jantan kan, ambik kain baju dia campak kat luar la. dah bini ko ngan abang dia pun jenis tak reti bahasa gak. apa ko kawin ngan keluarga tak reti bahasa ke. ada ker menumpang rumah orng sampai camtu sekali. dah nak kira tak baik, memang tak baik dah, baik puas hati ko takyah duk mengadap muka orng tak tahu bahasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 11:22 AM | Show all posts
Reply 78# kerusi_malas


   apa kata kalo ko cari umahs ewa, ko yang pindahbiar dia duk ctu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 05:11 PM | Show all posts
pernah jugak sil dan bil menumpang rumah aku sebulan dua.............tp ape yg aku dpt...cercaan dan kejian.
rupanya mereka jd spy kt rmh aku, bukannnya nk berterima kasih ke apa tp jd batu api pulak kt mil kt kampung. boleh tak klu aku ckp 'vavi' punya orang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 06:33 PM | Show all posts
dulu masa pas spm ..aku numpang rumh pakcik aku kat cheras..aku keja kat makro cheras,skrg udah jd tesco extra..bila dapat gaji aku hulur r duit sikit n brg keperluan rumah..mula-mula ok pastu aku udah xtahan bila time aku gaji jer pakcik aku n bini dia minta duit rm400..udah la gaji aku time tu rm780.00 jer..lega pas dpt smbung belajar aku xpyh tinggal situ lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 11:35 AM | Show all posts
aku punya pengalaman dari POV org yg pernah menumpang (terpaksa, bukan nak sangat. mak yg suruh) rumah pakcik aku.
pakcikku dan family dia kuat berjalan. memang kaki berjalan. bercuti merata2 walaupun duit tak berapa nak ada.

jadi tiap kali nak travel tu, aku terpaksa ikut sama. dgn mak aku, pakcik aku cakap dia takkan nak tinggalkan aku sorang2 kat rumah sbb fikirkan keselamatan aku.

tapi dari satu sudut yg lain, aku dapat rasakan yg dia nak aku ikut sekali supaya senang dia nak pow duit aku. biasalah travel mesti bnyk keluar duit minyak & tol. tu yg aku malas tu sbb rosak bajet aku.

ada sekali tu, sepupu aku kawen kat terengganu. masa tu cuti hari buruh bersambung terus ke hujung minggu. jadi ada beberapa hari direct cuti. dia ajak la aku join. aku cakap aku tak nak la sbb terengganu tu jauh. 5 ke 6 jam naik kereta. pastu nak cari hotel lagi. kuar duit lagi. penat la. sepupu yg nak kawen tu bukannya rapat sangat dgn aku pon. dia ada ke takde ke, tak memberi kesan dlm hidup aku pon. sejak kecik jarang giler jumpa dan kalo jumpa pun, dia tu mcm ada emas dlm mulut. perlu ke nak travel jauh2 nak tengok dia kawen? tak berbaloi langsung.

baik aku balik kampung (kat perak), dapat gak jumpa mak abah dan adik kesayanganku. naik tren 3 jam je dah sampai ipoh. bila aku cakap aku nak balik perak dan tanak ikut ke terengganu, terus berubah air muka pakcikku dan bini dia.

bengang la tu sbb tak dapat pow duit aku.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 11:22 AM | Show all posts
Aku dah rasa cam ne perasaan klu ada org menumpang umah kita.  Mula2 tu adik ipar (perempuan), ingat dia duduk umah kita tu ringanlah sket beban ni, tapi lain jadinya. Siap mengadu kat mil cakap aku dera dia suruh buat kerja rumah bagai.

Pastu 3 orang lagi duduk menumpang plak. Yang ni semua lelaki. Adik ipar juga. Dah lah yang sorang tu lagi tua dari aku. Masa tu aku baru je kawen beb. Tgh preggy anak sulung lagi. Bayangkan perasaan aku masa tu. Dah lah semuanya pemalas. Dah makan x nak basuh pinggan blk. Pastu merokok plak tu. Hubby x smoking. Tandas jgn ckplah... 4 tahun aku memendam rasa. Siap gaduh ngan hubby pun ada. Nasib umah mak dekat. Aku selalu x balik rumah. Tido umah mak je..... Masa ni mak akulah pendegar setia semua keluhan aku.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2011 01:39 PM | Show all posts
kesian aku dengar kisah TT ni, Bagi aku kan anak sedara tu dari keluarga kita sndiri juga, x batal air sembahyang pon. Ye lah manusia ni hati lain2 kalau aku lagi aku suka kalau ada anak buah duduk sekali boleh gak dia teman2kan anak2 bini aku time aku kene kursus ke apa ke. Then kalau aku dan wife nak kuar shopping jap boleh tinggalkan anak dengan dia. Kalau terdesak barang2 dapur habis boleh ajer mintak tolong dia.
Ingatlah TT bila dia dah betul2 dewasa nanti dia akan kawen mesti dia akan tinggal rumah sndiri dan pada masa itulah dia akan kenang segala kebaikkan TT dan keluarga. Nanti kalau TT dalam kesusahan InsyaAllah akan ada dia hulurkan bantuan....harap2 lah mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 04:12 PM | Show all posts
Reply 87# espri6006

ko pikir yg baik2 aje ke..? manusia ni ada macam2 perangai beb...kalo kena macam posting no.86 (atas posting ko neh), hah camno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2012 03:06 PM | Show all posts
Salam TT, sorry nak nyelit sekali.. saya ni pulak, sejak berkahwin, tak putus2 adik-beradikduduk dgn saya, mula dari kakak (A) + suami dia, lepas tu kakak yang satu lagi (B)+ suami, lepas tu adik lelaki + adik pompuan, abang ipar (suami kakak (C) yglagi satu), dan yang terakhir ni kakak (C) yg lagi satu tu.. yang lain2 tu okkecuali yg (C) tu.. sebab yang lain2 tu tak duduk lama, dan masa tu keluargakecik lagi, so tak kisah kalau depa nak occupy bilik yang kosong tu… yg abangipar (somi kakak (C)) tu, kata nak dok sebulan dua, lepas tu nak cari umah lain.. tak kisah la.. tapi lama2 tu kisah gak.. dari kata sebulan dua, lama2 nak setahun lebih dah.. dah la tu tak menghulur, dapat tau dari sumber2mengatakan sebab2 dia tak hulur ialah dia tak pakai api air pun.. boleh gitu??? Pui!! Masa tu kami dok menyewa lagi.. so, tgh dok cari akal camne nak suruh diabelah.. so, kitorang cakap sekian2 bulan maid nak masuk, so harap dapat cari umah/bilik lain.. sampai masanya.. bibik aku sampai, dia masih ada la.. dia seolah2 tak percaya yg aku ckp aku nak amek maid.. 2-3 hari lepas tu, dia pun chow..Ok.. kisah dah lepas.. dah jadi history.. la ni, bila aku dah dok umah sendiri (umah tak besa pun.. ala2 PPRT.. janji umah sendiri), so bayangkan aku+ hubby + 5 anak2 dan la ni bini dia lak (kakak ku sendiri) dok dgn aku.. bukan tak suka, I don’t mind kalau pandai bawak diri… ni.. hadoiiii! Terseksa jiwa +raga ku ini…. Nak duduk macam Maam besar.. memang dia ada hulur la sket.. tapi yang tak bestnye tu, kalau dah masak, tak reti nak mengemas/membasuh.. aku ni jarang masak.... la ni maid pun dah xde... anak ada 5 org dah bosa2 gak la.. yg sulung pompuan 12 tahun, no. 2 lelaki 10 thn.. takkan nak soh anak2 aku dok sebilik lagi.. time kecik2 tu boleh la sharing bilik, lagi satu kalau basuh baju sendiri + pakai dryer, (agak kerap gak la) ingat bil tak naik ke?.. kalau washing machine tu isi penuh takpe gak.. ini separuh pun kadang2 tak sampai…apa salahnye masuk sekali baju aku anak beranak, sebab bukan nak suruh dia menyental baju2 tu.. sumbat je dlm machine, peh tu tak payah nak jemur, sumbat je kat dlm dryer tu… itu pun nak berkira.. yg lagi kelakar nye tu.. barang2 kering yg dia beli seperti beras, susu dll, dia leh letak asing2.. aku punya konon tak mo kacau la... apa salahnye beli, "nah adikku, ni beras aku beli sikit utk umah ni" kenapa nak keep aside asing2 ek?.. kenapa nak mcm tu ek?  Kadang2 dia punya bawang tu dah sampai boleh jadi pokok pun dia tak buang..kesudahannya aku yg buangkan.. menyemak je.... lepas tu tak reti nak clear peti ais kalau barang2 dia dah membusuk…  laki aku la bebel sebab bab clearing peti ais, tugas my hubby.. hehehe.. kalau beli makanan, letak atas meja, then after that, don’t care what will happen to it..nak naik semut ke.. nak membusuk ke.. she don’t give a damn.. sakit tak hati? Dia anak sama byk ngan aku gak.. 5 orang.. camne dia jadi mak ni? Lagi satu, sampah dari bilik dia, kalau rasa nak buang, apa salahnye buang sendirik? Pi je kat bilik sampah tu.. Ni tak, ikat2 letak kat tong sampah dapur .. nak harap orang buangkan ke? tong sampah dapur tu pun sama besar dgn tong sampah bilik dia gak.. harem betul!  Aku ni dah la xde maid.. kalau sama2 nolong tu xpe gak.. eg. rasa nak buang sampah tu, nampak sampah kat dapur tu dah penuh, apa salahnye ikat sekali, bawak sekali ke bilik sampah.. ini tak.. dia dok nambah lagi ada la.. lip lap lip lap.. dah masuk 6 bulan dok dgn kami.. adusss… lagi satu, kalu time cuti, dia bawak anak2 dia..tapi sib baik tak bawak semua.. Cuma dua orang yang kecik tu je la.. so,bayangkan dah berapa cramp umah aku.. dah la tu anak2 dia jenis makan peh tu main sepah/buang sampah kat dalam umah tu!! xde respek tol!! Hangin.. hangin.. dah berapa kali aku dok tegur + bebel yg ni adalah sebuah rumah dan bukan kawasan luar rumah yang hang boleh suka2 nak buang biji anggur sepah2 ke.. plastik jajan sepah2 ke…kencing pun bersepah kat jamban tu.. kena tegur byk kali, baru la ok sket..(mak dia tak ajar ke?)… bilik air lak.. haram tak pernah nak tolong cuci!!! Adussss!!Ni la akibatnye kalau orang yang tak pernah berdikari sebelum ni.. peh tu nak dok umah orang.. buat orang benci!!  Dia ni laki bini dok serumah dgn nenek aku dulu.. so, segala apa keje nenek aku yg buatkan… ndak tak ndak nenek aku kena buat jugak.. sebab nenek aku tak suka rumah bersepah.. makan minum pun nenek aku buatkan.. kesian kat cicit dia yang di ‘buat tak tahu’ oleh cucu dia tu.. lemak arrr.. la ni nenek aku dah tak dok dgn dia, lagi berserabut umah dia tu.. dgr citer tunggu masa nak tumbang je.. tu yang lari keje kl kot.. anak2 tinggal kat umah atap berlubang tu (biar papa asal bergaya).. aku pun tak paham dgn akak aku yang sorang ni… kalau aku jadi dia..dah la bapak aku bg umah tu kat dia.. tak yah nak kuar sesen.. corner lot lagi.. pasti aku akan simpan duit kasi lagi cantek umah tu.. ni keadaan umah tu amat menyedihkan.. dgr kata tido malam boleh nampak bintang2.. kalau abah aku tgk, mesti menggeleng kepala orang tua tu… abah dah lama tak balik Johor… tu diaa.. panjang leborr!! hehe.. saja nak meluahkan perasaan..

Last edited by ellazzul on 28-12-2012 03:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2012 03:45 AM | Show all posts
ellazzul posted on 28-12-2012 01:06 AM
Salam TT, sorry nak nyelit sekali.. saya ni pulak, sejak berkahwin, tak putus2 adik-beradikduduk dgn ...

buat perenggan boleh, baru senang nak baca.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 12:11 PM | Show all posts
pendapat aku dan pemerhatian aku ialah orang-orang yang menumpang ni kena tengok gak gaya kehidupan orang yang dia nak tumpang tuh...

contohnya macam keluarga yang baru nak bina hidup, anak anak kecil rasanya tak sesuai nak ditumpang sebab pasangan tersebut baru nak bina kehidupan berumahtangga dan baru nak adapt suasana family.. bila ada orang lain mereka tak ada privacy suami isteri dan anak anak
bayangkan nak mendidik anak anak bila ada orang luar memerhati rasa tak selesa.. ntah apalaa orang luar tuh fikir ini pandangan tuan rumah.. , nak bergurau sesama sendiri dengan pasangan pun sembunyi sembunyi kang orng yng menumpang tuh tertengok pulak..
channel tv kegemaran pun berkongsi dengan orang tumpang tuh..
dalam kes kes macam niiii, yang menumpang ni kena pandai pandai laa bawak diri dan mulut tuh jgn lancang sangat dok rumah orang
kena pandai bawak diri maksud aku di sini kalu dah disediakan bilik tuh, tidor laa dalam bilik tuh dan banyakkan lepak dalam bilik jerr
kalu ke luar bilik tuh rajin rajin kan laa tolong bersihkan apa yang patut jgn harapkan tuan rumah semua.. kadang tuh yang menumpang ni dok sekaki menyepahkan rumah macma anak anak kecil.. , ini yg dikatakan tuan rumah jadik hamba abdi pada rumah sendirik..

kalu nak menumpang pun pilih rumah yang dah lama stabil family dia, contoh family yang anak anak dah besar panjang..
dan kebanyakkan anak anak dia tak dok serumah ramai dah keluar... boleh laa menumpang kasih dan pasangan tuh bole laa tumpahkan kasih pada org yang menumpang tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 12:21 PM | Show all posts
adik ipar aku duduk menumpang rumah aku.. aku agree laa pada sesetengah forumner di sini amatt tak selesa sungguh nak dihalau tak sampai hati nak ditegur merana badan sebab nan hadoo tak berkesan mana punnn
jenis yang menumpang tak reti bawak diri pulak tuh mulut kalu laser tuh bole tahannnn plus mengapi laki bini
adik ipar aku sendiri tak ngam dengan laki aku
macam mana tuh

aku rasa dia berani menumpang sebab aku jugak laa aku ni kan baik laa hati sekarang aku dah jadik kering hati sebab aku dah tolong banyk tapi dia dok kutuk sana sini, kawan kawan aku pun dia kutuk macma ala ala bagus jerr
bila ditegur tak mo dengar melawan pergh memang sampai sekarang laa aku tak layan sangat adik ipar aku tuh
nak kata disiplin tuh memang out laa, dah disediakn bilik tidu khas dia sendiri nak bilik tuh tapi dia sepah barang barang dia atas katil at last dia tidur kat ruang tamu atas sofa setiap malam
kusyen sofa aku tuh dah tak empuk sebab setiap malam dia buat katil
bilik ada, katil ada kenapa tak tidur kat bilik jer

dulu dia menumpang rumah abg dia lagi satu, biras aku siap tukar solex pintu
tak bagi dia masuk, masa tuh aku tak faham kenapa biras aku buat macam tuh
sekarang aku dah terkena baru aku tahuuuuu kenapa biras aku buat macam niiiiii
adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 05:41 PM | Show all posts
Org yg bagi nasihat cakp surh diplomatic bagai, memang la tak tau apa yg tt dan aku experience.
Cuba kalau kena kat batang hidung sendire, bergaduh laki bini, ank , anak tension cam haram betul.
Bend ni pernah jadi kat aku dulu mas sekolah. Sebab mak aku tu baik hati sgt, nak impress org je, sekali makcik aku  dudukl sini bawak anak di ayg 5-6 org tu. dah tu tak bayr ape pun, lagi guna tel smapai kena potong.
Lepas 3 tahun, lepas banyak bercakap dgn mak bapk aku, yag patut cakap benda ni, (bapak aku tu pondan-berani dgn pompuan je, semua suruh mak aku buat, mak aku pulak jenis tak tau nak cakap no)
Aku mengamuk cukup cukup, kalu tak takde nak keluarnya.
Diaorang tau diarang parasit, tapi kalau takdae org nak bercakap-tu jadi naik kepala.
Sampai sekarang , la ni ade pulak ank sedara mak aku datang sini- Imake it obvious  ake memang tak suka, dia boleh push nak tinggal sini jugak. tak respect langsung , nak pakse pakse pla. Ni dah 4 hari ni.
Cukupseminngu tak blah lagi, siaplah.
Memang betul , hati kena keras , unthuk defend hak kau. NI bukan zaman dulu lagi, semua dah senang.Lagi budak ni adakereta waja. Bapak a ku pakai savy je. Kalau aku tidur dlam kereta je.

Bengang!sori tt! emo plak :p

Update(tak kisah la korg bace ke tak aku nak update jugak)
I dah cakp baik baik pada dia.
Tak kuat sangat tak lembut sangat, just firm. masa tu mak aku pun ada kat situ. (dia kalau nampak aku , cepat cepat pergi dudk kat mak aku yg lembut hati tu-sebagai protection konon aku tak boleh cakap/buat apa2)
Dia balas balik hmm sambil main hp.
Lepas tu aku cakap lagi, benda ni aku tanak cakap dua kali , kau paham paham sendiri.
Dia boleh jeling aku. Ewah?? rasa nak pelempang pun ada macm aku pulak yg dudk rumah dia.

Lepas tu mak aku pulak buat bunyi'jgn pedulikan dia" ( aku tau mak aku cakap ni malu alah macam tu, korg tau lah org tua suka berkias2 tak macam aku yg straightforward ni)
Lagi lemak la budak tu..
Habis besok nya awal2 mak aku sound aku , dah aku dgn mak aku bergaduh anak beranak plak pasal dia..
Dlam hati aku  cakap, kalau dia buat toye jugak tak taulah aku. (di dalm bilik boleh dgr, loud and clear.
Kalau aku mesti dha sentap, atau rase guilty aku masuk rumah org buat org bergaduh2.
Then he left at  night, I thought for good, sekali suitcase dia ade lagi dlam bilik.
AIkk?? Still nak stay sini lagi after what happen? (common sense la , melainkan kau buat buat tak paham kan)
Jadi aku tak tau la bile dia terpacul depan rumah lagi, patut ke aku sound lagi sekali dgn ayat berbisa atau aku but toye je campak beg dia kat luar? (since he;s ignorant so he should expect getting the same)
Aku harap sgt, dia tak de rumah ni, memeng dia pergi cari bilik ke rumah ke hape, bukan tak boleh, sja semua  nak senang.

Sekian for now






Last edited by kitykatyz on 15-5-2013 04:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:28 AM | Show all posts
ellazzul posted on 28-12-2012 03:06 PM
Salam TT, sorry nak nyelit sekali.. saya ni pulak, sejak berkahwin, tak putus2 adik-beradikduduk dgn ...

disebabkan cerita ni best utk dibaca, takde perenggan pun aku dayakan jugak habiskan baca.  

sakit hati kalau alami benda2 mcm ni, tp cara TT cerita lucu.. siap cerita tidur nampak bintang lagi....

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa cakap baik-baik je la kat org yg menumpang tu...suruh cari rumah sewa lain..yela duduk dgn org luar mmg rasa tak sedap.

Macam kes aku dulu pernah duduk menumpang seminggu dekat rumah mak saudara belah mak aku. Masa tu aku kat kl nak cari kerja. So mak aku dah call dia bagitahu yang aku akan tumpang situ seminggu sementara nak cari bilik sewa lain.

Jadi bila aku sampai kat rumah dia, aku just buat mcm aku biasa buat bila aku dtg rumah dia such as masak nasi lauk etc utk family dia. Aku make sure sebelum aku keluar cari kerja, aku buat dulu breakfast utk diorang sefamily (makcik aku n pakcik, daughter n nenek).

Selepas 3-4 hari aku start kerja so biasalah kena keluar awal pagi..dari Cheras area tmn connought ke kl paham-paham je la kalau naik bas nak kena keluar rumah pukul 6 pagi. Bila balik rumah aku sampai lewat maybe around 9 pm masa tu..lepas tu aku tgk makcik aku duduk depan tv dgn anak dia..nenek aku lak kat dlm bilik tgh solat agaknya. So aku terus pergi mandi & pastu g dapur tgk apa yg aku kena buat..yelah nak masak nasi ke lauk ke..tapi masa tu silapnya aku dah kebulur sangat..satu hari tak makan..jadi aku mcm ingat nak mkn sikit as alas perut sblm masak nasi dan lauk.

Aku cedok nasi sejuk dlm piring pastu ambil kuah sikit..nak cari ikan bilis mentah tak jumpa lak. So masa aku duduk baru nak menyuap tiba-tiba makcik aku dtg tegur aku "Makan sorang tak ajak" lebih kurang gitu ayatnya (dah lama kot masa jadi kes ni thn 2002). Aku terkedu, sbb aku masa tu pun ingat semua org dah mkn. Rupanya semua tgh tunggu aku balik masak baru nak makan.

Aku teruskan mkn nasi lauk kuah tu..pastu abis makan terus basuh pinggan kaut nasi sejuk bubuh dalam besen rendam periuk terus. Masa tu aku memang sentap..aku duduk dlm bilik kejap..and then aku keluar duduk tengok tv..padahal otak aku tengah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa cakap baik-baik je la kat org yg menumpang tu...suruh cari rumah sewa lain..yela duduk dgn org luar mmg rasa tak sedap.

Macam kes aku dulu pernah duduk menumpang seminggu dekat rumah mak saudara belah mak aku. Masa tu aku kat kl nak cari kerja. So mak aku dah call dia bagitahu yang aku akan tumpang situ seminggu sementara nak cari bilik sewa lain.

Jadi bila aku sampai kat rumah dia, aku just buat mcm aku biasa buat bila aku dtg rumah dia such as masak nasi lauk etc utk family dia. Aku make sure sebelum aku keluar cari kerja, aku buat dulu breakfast utk diorang sefamily (makcik aku n pakcik, daughter n nenek).

Selepas 3-4 hari aku start kerja so biasalah kena keluar awal pagi..dari Cheras area tmn connought ke kl paham-paham je la kalau naik bas nak kena keluar rumah pukul 6 pagi. Bila balik rumah aku sampai lewat maybe around 9 pm masa tu..lepas tu aku tgk makcik aku duduk depan tv dgn anak dia..nenek aku lak kat dlm bilik tgh solat agaknya. So aku terus pergi mandi & pastu g dapur tgk apa yg aku kena buat..yelah nak masak nasi ke lauk ke..tapi masa tu silapnya aku dah kebulur sangat..satu hari tak makan..jadi aku mcm ingat nak mkn sikit as alas perut sblm masak nasi dan lauk.

Aku cedok nasi sejuk dlm piring pastu ambil kuah sikit..nak cari ikan bilis mentah tak jumpa lak. So masa aku duduk baru nak menyuap tiba-tiba makcik aku dtg tegur aku "Makan sorang tak ajak" lebih kurang gitu ayatnya (dah lama kot masa jadi kes ni thn 2002). Aku terkedu, sbb aku masa tu pun ingat semua org dah mkn. Rupanya semua tgh tunggu aku balik masak baru nak makan.

Aku teruskan mkn nasi lauk kuah tu..pastu abis makan terus basuh pinggan kaut nasi sejuk bubuh dalam besen rendam periuk terus. Masa tu aku memang sentap..aku duduk dlm bilik kejap..and then aku keluar duduk tengok tv..padahal otak aku tengah pikir macam mana aku nak keluar secepat mungkin..lepas tu husband dia balik..dan ajak aku makan. Aku cakap takpelah saya dah makan tadi..padahal..dlm hati tuhan je tau.

Aku tumpang rumah makcik aku tu share bilik dgn anak buah husband dia. Anak buah dia tido atas tilam, aku lak kena tido atas toto. Padahal tilam dia tu queen size. Kipas tak pernah nak pusing bagi aku merasa angin.

Bab makan lagi la jgn cerita la. Lauk paling mewah aku makan kat sana is daging goreng kunyit. Selalu kalau aku dtg sana lauk ruji bagi aku is sardin, telur dan sambal tempoyak ikan bilis. Aku tolong basuh baju dia anak beranak (ala guna mesin je pun) setiap kali aku tidur sana masa aku student.

Dan yg paling best sekali ialah aku baru dapat tahu bila tiap kali kitorang (adik beradik) tumpang tidur rumah dia, mak aku akan bank in duit kat dia dlm RM200-300 sbg duit pasar/makan kitorang. Macam nak menitik air maa aku bila dengar macam tu. Sebabnya aku ingat lagi..dia pernah goreng nugget senyap-senyap masa aku tertidur petang depan tv untuk bagi anak dia makan. Siap cakap lagi (boleh pula aku terdengar sayup kat telinga aku mamai-mamai gitu) "Makan cepat nanti kak long bangun dia nak". Lepas tu aku bangun je dari tidur memang dah takde bekas..kuali menggoreng pun dah siap cuci. Esok tu terus aku beli nugget sepeket besar goreng bagi semua org makan.

So lepas dari kejadian aku-makan-nasi-tak-ajak-orang tu, sampai sekarang aku tak pernah nak jejak kaki ke rumah dia. Dia ada gak ajak aku dan adik aku yg kat kl ni dtg makan kat rumah dia. Memang tak la aku nak pergi. Dah la kau ajak aku dtg makan, tapi aku pula nak kena masak kat rumah dia. Kalau dia datang rumah mak aku tak pernah la dia jejak kaki masuk dapur..tahu-tahu je org panggil makan.

Oh ya lepas kes tu jugak aku terus cari bilik sewa dan angkut baju aku hari esoknya. Walaupun takde rumah aku rela duduk merempat daripada duduk rumah dia. Walhal mak aku dah siap bagi duit pasar kot kat dia.

Jadinya, memanglah tak elok org duduk menumpang lama-lama ni..kalau aku, aku pun bingit gak. Cuma at least tanyalah dia ada masalah ke ataupun carikan rumah sewa ke. Maybe sibuk kerja tak sempat katanya nak cari rumah.

At least takde la jadi mcm aku dah jadi mcm org gaji free lak kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry yg first post tu tertekan button reply lak ;-)
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 07:11 AM | Show all posts
nurbaya posted on 14-5-2013 08:43 AM
Aku rasa cakap baik-baik je la kat org yg menumpang tu...suruh cari rumah sewa lain..yela duduk dgn  ...

so mostly pendapat orang kat sini base apa dorang alami masa menumpang..
so bila buruk layanan, sure nasihat pun suruh aje blah orang menumpang tu
bukan best pun menumpang rumah orang...

me tumpang rumah orang, masa kolej rumah makcik, mom sister,
best gila, ada katil sendiri kongsi dengan anak tiri makcik,
tapi me pandai bawak diri, masak, jaga adik sepupu yang masih kecil,
sebelum pi kelas anak dorang kat rumah pengasuh, so sampai
hari ini hubungan me dengan adik sepupu lebih pada adik beradik,
bukan sepupu tu me balik well buat dosa kaedahnya tapi
me masih peluk adik sepupu lelaki yang berusia 20 an sekarang ni..
membesar sesama kan...

masa keja pun menumpang rumah mak adik lagi,
pun best... ada bilik sendiri, makcik jarang masak
so selalu tanya nak makan apa, order cam kat kedai aje...
me duk situ sampai opis pindah tempat dan opis sewakan apartment
tapi hujung minggu mesti balik rumah makcik.. makcik pun
kalau kenalkan me kat orang dia sebut anak, tak da sebut anak saudara.

mungkin makcik makcik me terhutang budi dengan my mom kot
sebab mak dorang meninggal muda, so my emak yang keja jadi orang gaji
sekolahkan adik adik dia, so adik adik balas jasa...

so my sis keja kat KL adik sepupu lelaki duk ngan my sis,
anak makcik pertama yang me menginap tu..
so dialah jaga anak buah dia masa my sis ngajar...
tapi keluarga kami jenis pandai bawak diri, tidak pengotor,
so menumpang pun best sebab keluargakan, lagi ramai lagi meriah...

tapi me tak kata sila menumpang, situasi ni
cam tarik rambut jangan kasi tepung berselerak ke apa pribahasa tu...
susah nak cakap, perhubungan adik beradik sama penting..
so pepandai handle tanpa merosakkan hubungan ialah
kot rumah terbakar, somi mati isteri mati then kita perlukan
keluarga.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mm fara.. memanglah hubungan tu penting..cuma bila jadi mcm tu aku dah tak berapa nak ambil pot pasal makcik aku tu.. Just biasa-biasa je la. Kalau tak dulu aku duduk rumah dia sehari dua pun siap belanja pizza hut tong-tong dgn adik aku. It just terasa je kot.. Dah tua-tua ni aku wat bodoh je la senang..benda dah lepas pun..

Aku pun kesiankan nenek aku sebenarnya masa aku student tu..sebab aku tau dan selalu nampak nenek aku kena buat semua kerja rumah dan jaga anak dia. Aku dtg tolong apa yg patut je lah..tapinya mmg sentap bila tahu mak aku sentiasa bagi duit pasar kat dia. Aku tahu makcik aku ni memang penjimat..tapi kalau dah bagi duit pasar pun nak berkira lagi dgn aku so aku pun sedarlah diri mentang-mentang takder kereta, jalan kaki je..tak layaklah aku nak tumpang rumah dia.

But aku rasa kalau pandai bawa diri n tuan rumah pun jenis sayangkan anak-anak buah..takde masalah.. Kawan aku pun ada je duduk dgn makcik dia sampai sekarang. Aku tanya apasal ko tak nak pindah yeop..dia balas sebab makcik aku tak bagi aku pindah..sunyi katanya.. So takde masalah pun bagi dia duduk situ even dah bertahun pun.

Tapi syok la fara makcik fara cool gila
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 03:04 PM | Show all posts
akan mengalami juga tidak lama lgi..huhu stress tul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.088564 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list