CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4463|Reply: 0

Harrif jadikan insiden hitam tahun lalu pengajaran

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode

Harrif disingkirkan daripada LTdL 2022 gara-gara berpaut pada kenderaan ketika Peringkat 5.

KUALA TERENGGANU: Insiden pada kempen Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 menjadi pengajaran berguna buat pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh untuk lebih berhati-hati dalam kayuhan.

Harrif atau dikenali sebagai Mamat berkata, kesilapan berpaut kepada kenderaan ketika Peringkat 5 dari Kuala Kangsar ke Kulim berkata, dia tidak akan mengulangi insiden itu yang pada akhirnya mengundang padah buat dirinya sehingga disingkirkan daripada menyertai baki perlumbaan.

"Seperti saya sendiri, kita kena terimalah. Bagi saya perkara itu mungkin OK sahaja tetapi apabila orang tahu dan video di mana-mana, saya kena berjaga-jagalah. Lagi pun saya sudah berlatih dengan penuh gigih, jadi (selepas ini) saya kena berhati-hati... tak nak lagi apa-apa berlaku," kata Harrif.

Tindakan berkenaan menyaksikan pelumba berusia 35 tahun itu tidak dapat meneruskan baki perlumbaan kerana disingkirkan dan ia sedikit sebanyak merencatkan percaturan pasukan yang sebelum itu kehilangan kapten, Youcef Reguigui kerana mengalami kemalangan pada Peringkat 4.



TSG pada ketika itu menamatkan kempen dengan berada di kedudukan keenam daripada 20 pasukan manakala dua pelumbanya, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff meraih gelaran Raja Bukit dan rakan sepasukannya, Jambaljamts Sainbayar memegang Jersi Putih.

Dalam pada itu, Harrif turut memperoleh tambahan semangat bagi edisi kali ini apabila memegang rekod penyertaan terbanyak dalam sejarah LTdL dengan 14 penampilan.

Sejak penyertaannya di LTdL pada 2008, Harrif pernah meraih tiga kemenangan peringkat perlumbaan iaitu pada Peringkat 2 pada musim 2019 dan di Peringkat 2 dan 5 bagi kempen 2020 sekali gus menjadi antara pelumba tempatan yang paling berjaya dalam saingan berprestij berkenaan.

"Kita ramai pelumba muda berbakat. Seperti saya sendiri, saya naik secara perlahan-lahan. Jadi memang rakan sepasukan itu penting. Saya beruntung kerana mempunyai Youcef dan Jeroen (Meijers).

"Pasukan mempunyai 'set up' yang seimbang... ada pakar pendakian, domestik, pendahulu, jadi memang dalam pasukan itu bukan saya seorang sahaja, ada rakan sepasukan yang sanggup berkorban (berjuang secara sepasukan).

"Seperti saya sendiri, bukan saya yang menang, rakan sepasukan yang banyak membantu sebenarnya," kata Harrif.

Saingan LTdL 2023 bakal membuka tirainya hari ini dari Kerteh ke Kuala Terengganu sejauh 187.4 kilometer (km), membabitkan tiga zon pecutan iaitu di Dungun, Ajil dan Tok Jamal serta dua zon pendakian di Jerangau dan Sekayu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... hun-lalu-pengajaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053969 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list