CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3934|Reply: 22

[SEJARAH] Daeng Mempawah adalah Nama Asal Hang Tuah

  [Copy link]
Post time 24-9-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini, pengkaji terus menyelongkar Sejarah Lampau. Kali ini, penulis cuba berbicara mengenai asal usul Hang Tuah yang dikatakan Pahlawan Melayu pada zaman dahulu. Menurut A. Samad Ahmad dalam Sulalatus Salatin ada menyebut dari mana Hang Tuah berasal. Berikut adalah kenyataan beliau :

Maka sembah Seri Bija Pikrama, " Sebenarnyalah titah tuanku itu ; yang titah paduka adinda pun demikian juga, tuanku." Adapaun anak Raja Bajung itu Daeng Mempawah namanya ; umurnya baru dua belas tahun. Diceritakan orang yang empunya ceritera, sudah dua ia membunuh, mengembari orang mengamuk di negeri.

Setelah ke esokan hari, maka utusan kedua itu pun naiklah mengadap Raja Mengkasar, didapatinya Raja di Goa telah pepak diadap orang. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun duduk menyembah. Maka oleh Raja di Goa utusan kedua itu dipersalini dengan sepertinya. Maka keduanya menyembah. Maka titah Raja di Goa, "katakan kepada saudaraku, Orang Kaya, akan Daeng Mempawah ini pertaruhku Orang Kaya kedua kepada saudaraku, Raja Melaka. Perhamba ia baik-baik, dan kalau ada sesuatu yang dikehendaki oleh saudaraku, Raja Melaka, dalam Mengkasar ini menyuruh ia kepada aku." Maka sembah utusan kedua itu, "Baiklah tuanku."

Hatta berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Mansur Syah, mengatakan Seri Bija Pikrama telah datang. Maka baginda pun keluarlah, semayam diadap segala Orang Besar-Besar dan hulubalang sida-sida, bentara, biduanda, hamba raja sekalian. Maka surat itu disuruh baginda sambut dengan istiadatnya. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun bersama-sama baginda, serta membawa Daeng Mempawah.

Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu suka, serta berkenan baginda memandang rupa dan sikapnya Daeng Mempawah itu, Maka titah baginda, "Bagaimana maka Raja Mengkasar berkirimkan anak Raja Bajung ini ?" Dilanggarkah Raja Bajung maka anaknya tertawan ini ?"

Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Tiada Tuanku, Raja Mengkasar bertanya kepada patik akan kegemaran duli tuanku, maka patik katakan gemar akan budak yang baik rupa." Maka semuanya perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mansur Syah. Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda. Maka Daeng Mempawah itu dinamai baginda Hang Tuah. Maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah Keris Tempa Melaka dengan selengkap perhiasannya.

Adapun 'perhangan' ke bawah duli Sultan Mansur Syah yang setelah sudah pilihan delapan orang, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Husssin serta tua-tuanya Tun Bija Sura, menjadi sembilan dengan Hang Tuah. Sekaliannya berkasih-kasihan, muafakat, sama berilmu, tetapi kepada barang main tewas semuanya oleh Hang Tuah. Demikianlah diceriterakan oleh yang empunya ceritera.

Kesimpulannya, nama asal Hang Tuah ialah Daeng Mempawah anak daripada Raja Mengkasar. Jika dilihat nama asal Hang Tuah iaitu "Daeng", beliau adalah berketurunan Bugis. Seperti juga Daeng Kemboja, Daeng Chelak, Daeng Parani, Daeng Merewah dan lain-lain.


Rujukan :

A. Samad Ahmad, 2008. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://www.quora.com/What-is-the-likelihood-that-the-allegations-that-claim-Hang-Tuah-the-traditional-Malay-hero-was-Chinese-are-true/answer/Yusrin-Faidz-Yusoff




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baca sejarah melayu, rasanya hang tuah ni mai dari makassar ka mana.. ada satu ayat jahh dlm tu pasai dia.. dia mai ke melaka ataih jemputan utk jadi soldier ka apa..

Kalau ingatan iols silap, harap mahap yachh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:20 PM | Show all posts
Apake bengap dongeng abad ke17 nak dijadikan rujukan tokoh abad ke15
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:33 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-9-2023 06:44 AM
Kalau baca sejarah melayu, rasanya hang tuah ni mai dari makassar ka mana.. ada satu ayat jahh dlm t ...

Sesewel Tun Sri Lanang pun takde sampai mendakwa Hang Tuah dari bangsa lemah primitif macam Bugis. Dia masih boleh jaga taraf bangsa asal Hang Tuah dalam dongeng beliau sebagai dari bangsa Makasaar yang sedang menakluk bangsa Bugis pada zaman beliau
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 25-9-2023 02:33 PM
Sesewel Tun Sri Lanang pun takde sampai mendakwa Hang Tuah dari bangsa lemah primitif macam Bugis.  ...

Stakat satu ayat jahh toksah la read too much into it
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
So hang tuah ni dolu2 ensem putih gagah perkasa mcm patah amin ka bkn?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2023 03:23 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 25-9-2023 02:33 PM
Sesewel Tun Sri Lanang pun takde sampai mendakwa Hang Tuah dari bangsa lemah primitif macam Bugis.  ...

Ha? Bangsa bugis primitif lemah ke????
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nope. Versi asal dari TSL takde langsung mention makasar atau bugis.

Versi salinan semula yg ditulis oleh manusia lain yg sengaja menokok tambah + claim itu ini.

1) Versi yg ditulis oleh sasauterawan giler (a.samad said) menokok tambah dan mencipta nama hang tuah tu sbg daeng mempawah.. tanpa sebarang bukti kukuh dari mana2 pun.

2) Versi yg ditulis oleh tengku said pun melalut dan copy paste dari a.samad said punya. Dia pun ikut buta tuli je kata hang tuah from makasar tanpa sebarang citation & reference langsung.

3) Versi tuhfat an nafis oleh raja haji ali lagi laa ke laut... terang2 claim bugis totok punya.. umpama ceritera upin ipin yg kata ultraman ribut tu adalah ultraman melayu.


So kesimpulannya hanya versi asal dari tun lanang je yg ori (old testament).
Yang lain2 tu cuma versi lain ikut rekaan dan imaginasi penulis yg tak wujud pada zaman tu (new testament).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 25-9-2023 02:33 PM
Sesewel Tun Sri Lanang pun takde sampai mendakwa Hang Tuah dari bangsa lemah primitif macam Bugis.  ...

No no no. Tun lanang tak pernah kata hang tuah from makasar.
Cuma penglipur lara si sasauterawan a.samad said je yg mewujudkan stigma trsebut mungkin base on pembacaan beliau dari alkisah palsu enrique of maluku
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 25-9-2023 06:40 PM
So hang tuah ni dolu2 ensem putih gagah perkasa mcm patah amin ka bkn?

Tu cuma imaginasi kau je bro..
Jgn harap la putih melepak..

Pikir logik org yg selalu berlayar dan berjemur atas laut serta selalu bertarung mesti la hitam legam dan berparut bagai..

Eh jap.. awat hang minat kat lelaki?... euwww
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
AraBellaJuan87 replied at 26-9-2023 03:23 PM
Ha? Bangsa bugis primitif lemah ke????

Bukan setakat lemah. Sampah + pondan + bodoh dan kepit telur mcm najib tau.. si pendekar bugis
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by system_failure at 30-9-2023 02:58 PM

Kat bawah ni adalah contoh buku yg ditulis oleh helmy yahya (asal nama helmy je mesti adalah penyeleweng sejarah).. dan reinhard tawas yg mengatakan panglima awang / enrique tu berasal dari maluku.. bukannya melaka..






Kalau kau tanya kat makcik jual bontot ayam pun dia akan kata tak logik dan mustahil ferdinand magellan pegi ke maluku yg jauh tersasar tu semata2 nak cari pengemudi laluan laut yg mahir laluan timur barat?

Har har har har haram jadah bin iblis goreng..

Dah tentu2 la melaka adalah central kpd laluan timur barat dan merupakan port paling sibuk di dunia pada masa dulu kini dan selamanya..

Enrique is from melaka.

Jadahnya maluku? Anjing laut pun tak sudi nak singgah dan ikut laluan maluku laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 30-9-2023 11:38 AM
Nope. Versi asal dari TSL takde langsung mention makasar atau bugis.

Versi salinan semula yg dituli ...

Oh, selama ni iols baca versi2 yg bkn ori la.. versi ori masih ada ka utk dibaca?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 30-9-2023 12:08 PM
Tu cuma imaginasi kau je bro..
Jgn harap la putih melepak..


Iols pompan.. takpe kalau suka laki.. kalau iols suka pompan, lagi la eeuuww..

La ni hang nak iols suka laki ka pompan ka pondan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 30-9-2023 12:16 PM
Kat bawah ni adalah contoh buku yg ditulis oleh helmy yahya (asal nama helmy je mesti adalah penyele ...

Mana contoh bukunya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 12:29 PM | Show all posts
system_failure replied at 30-9-2023 12:11 PM
Bukan setakat lemah. Sampah + pondan + bodoh dan kepit telur mcm najib tau.. si pendekar bugis:lol ...

Ish ish ish.. Xkan la gara2 bijan je terus lemah primitif sampah pundan seluruh bangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2023 02:03 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 30-9-2023 12:25 PM
Oh, selama ni iols baca versi2 yg bkn ori la.. versi ori masih ada ka utk dibaca?

Manuskrip asal tulisan jawi oleh Tun lanang (carbon dating tahun 1536) ada tersimpan kat Library of Royal Asiatic Society, London.
Yang ni kita tak boleh access. Kalau ada duit berjuta pun belum tentu diaorg kasi pinjam. Itulah dia penyamun..


Tapi ada beberapa org yg diberi akses utk membaca dan menyalin semula. Contohnya Stamford Raffles ada menyalin dan translate ke english, dikenali sebagai Raffles MS 18 (manuskrip no.18). Ni la salinan pertama dan ditulis oleh raffles pada 1612.


Pastu org perancis pun ada salin, dan org belanda pun ada salin jugak...
Semua sekali ada 29 salinan dari pelbagai org dan tersimpan kat byk library di seluruh dunia.


Tapi malaysia punya cuma ada tersimpan kat dewan bahasa & pustaka.. dan tu la dia versi a.samad said.
Cuma tak pasti dia copy dari mana satu punya dari salinan yg 29 tu....




Yang penting, sumber paling asli sekali adalah salinan pertama dari raffles (1612) yg di terjemahkan semula oleh CC.Brown pada 1952 yg diterbitkan oleh university of cambridge.


Buku ni boleh beli kat sini:


https://www.cambridge.org/core/j ... EA9F17CDD1E00FEF18#




Atau kalau tak mampu nak beli boleh download pdf free kat sini:


https://archive.org/details/mala ... own/mode/1up?q=Tuah




Search for keyword tuah atau makasar atau gowa. Yilekkk

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 30-9-2023 02:03 PM
Manuskrip asal tulisan jawi oleh Tun lanang (carbon dating tahun 1536) ada tersimpan kat Library o ...

Kalau tuah tu takde, tuah tu wujud ke dak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-9-2023 03:05 PM
Kalau tuah tu takde, tuah tu wujud ke dak?

Sori mksud aku bukan search tuah, tapi search "tuah+makasar" atau gowa / goa.

Kalau search tuah semata memang byk carian dlm pdf tu tapi kalau nak carian pantas taip mcm tu laa
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 30-9-2023 03:17 PM
Sori mksud aku bukan search tuah, tapi search "tuah+makasar" atau gowa / goa.

Kalau search tuah s ...

Takde citer asal usul tuah dlm tu..

Tapi.. omaigadddd... bknnya tuah lawan jebat.. tapi tuah lawan kasturi!!!!!! Selama ni org buat citer dongeng tuah lawan jebat..
Kecian jebat jadi kamben itam...

Dan dua2 kaki skandal dgn dayang istana.. tapi sbb sultan pun kaki skandal dgn dayang istana, dipergunakan tuah utk bunuh kasturi.. ngila.. kasturi pun satu hal, pi munuh org..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064839 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list