CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 0

Semangat Zawawi belum pudar tekad bangkit Peringkat 2 LTdL hari ini

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode

Suasana perlumbaan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 semalam . AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA TERENGGANU – Kapten skuad berbasikal kebangsaan, Muhammad Zawawi Azman sedia untuk kembali melakukan kayuhan terbaik selepas bermula perlahan pada Peringkat 1 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

Zawawi berkata, dia mahu melupakan segera kekecewaan semalam dan fokus untuk melakukan terbaik pada perlumbaan Peringkat 2 yang bermula dari Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbridge hari ini sebelum berakhir di Kota Bharu.

Tegas Zawawi, dia akan memberikan terbaik bersama pasukannya untuk menempuh laluan sepanjang 186.2 kilometer (km) dengan membabitkan tiga zon pecutan di Bukit Nenas, Bandar Permaisuri dan Peringat selain dua zon pendakian di Setiu dan Pelong.

“Macam hari untuk hari pertama (LTdL), hanya mahu buat yang terbaik. Cuba apa sahaja yang boleh di Peringkat 1 supaya Peringkat 2 nanti, boleh mencari jalan apa yang kita sasarkan.

“Di Peringkat 1, semua pelumba masih mencari posisi. Sama juga seperti saja kerana sudah lama tidak berlumba. Jadi saya nak uji badan di Peringkat 1 dan untuk peringkat yang akan datang, saya akan cuba lagi.

“Saya akan ‘perang’ lagilah. (Peringkat 2) Esok hampir sama seperti Peringkat 1. Saya tidak meletakkan apa-apa sasaran (peribadi) untuk LTdL. Kalau boleh peringkat demi peringkat perlumbaan, akan buat sebaik boleh,” kata Zawawi.

Zawawi yang pernah muncul naib juara Tour de Lombok Mandalika 2018 memegang peranan bagi membantu pasukan mencapai hasrat ketua jurulatih, Mohd. Yusuf Abdul Nasir untuk menyambar Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia.

Malaysia mempertaruhkan enam pelumba diketuai bekas pelumba pasukan Sapura Cycling (TSC), Zawawi, Izzat Hilmi Abdul Halil, Zulhelmi Zainal, Shaiful Adlan Shukri, Nur Aiman Rosli dan Muhsin Al Redha Misbah.

Selepas berakhirnya Peringkat 1 semalam, pasukan kebangsaan Malaysia memimpin klasifikasi pasukan dan mengekori di belakang adalah pasukan WorldTeam, Astana Qazaqhstan Team dan Proteam, Green Project-Bardiani CSF-Faizane. KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... at-2-ltdl-hari-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.066876 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list