CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 0

Arul puas lihat Malaysian Tigers kenduri gol

[Copy link]
Post time 24-9-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Pemain hoki negara, Firhan Ashari (depan) diasak empat pemain Thailand pada aksi pembukaan Kumpulan B Sukan Asia.

HANGZHOU: Penggiliran pemain yang dilakukan pengendali hoki negara, Arul Selvaraj nampaknya tidak menjejaskan kualiti permainan apabila mereka membelasah Thailand 9-0 pada aksi pertama Kumpulan B Sukan Asia 2022, hari ini.

Jelasnya, dia memberi peluang sama rata kepada semua pemain untuk beraksi dan semua pemain membalas kepercayaannya dengan memberikan aksi yang terbaik bagi membuka kempen kali ini dengan nada positif.

"Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain kerana ini adalah perlawanan pertama. Lagipun keputusan seperti ini memang sudah dijangka.

"Selain daripada dua kad kuning yang dilayangkan kepada pemain yang saya lihat bukanlah salah pemain, selebihnya saya berpuas hati dan menikmati perlawanan ini.



"Kita fokus daripada perlawanan ke perlawanan dan dari situ, kita akan membina momentum untuk menghadapi aksi seterusnya," katanya.

Terdahulu, sembilan gol yang dijaringkan sudah cukup memberi gambaran terhadap penguasaan penuh ditunjukkan anak buah Arul pada aksi di Padang Hoki Gongshu Canal Sports Park itu.

Malaysian Tigers hanya meledak tiga gol sehingga tamat suku kedua menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dengan gol pendahuluan disusuli jaringan Firhan Ashari dan Nik Mohd Aiman Nik Rozemi.

Bagaimanapun, Malaysia 'mengganas' selepas rehat apabila memasuki suku akhir kedua apabila menambah empat lagi gol menerusi masing-masing menerusi Nik Mohd Aiman, Muhammad Azrai Aizad dan dua pukulan sudut penalti Muhammad Aminuddin Mohd Zain.

Enggan berhenti dengan tujuh gol, dua lagi gol disumbat skuad negara pada suku keempat sumbangan Abdul Khaliq Hamirin dan Amirul Hamizan Azahar untuk Malaysia menoktahkan kemenangan bergaya 9-0 ke atas jiran ASEAN itu.

Selasa ini skuad hoki negara akan meneruskan perjuangan berdepan Oman manakala Thailand akan menentang Korea Selatan di venue sama.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -tigers-kenduri-gol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.246526 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list