CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2835|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ariff Luqman yang tinggal dalam Proton Wira dapat banyak 'job' selepas kisahnya tular

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Ariff Peter, 28 yang tinggal dan tidur di dalam kereta hampir setahun berikutan terkesan selepas ditipu dalam sindiket pelaburan. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Kuala Lumpur: "Terima kasih kepada netizen yang tidak henti beri sokongan dan peluang untuk mendapatkan khidmat yang saya tawarkan. Alhamdulillah, saya dapat banyak kerja selepas kisah saya tular," kata Ariff Luqman Peter Lisut.

Pemuda berusia 27 tahun yang mesra disapa Ariff Peter itu kini tinggal dalam Proton Wira selepas tersilap 'percaturan' apabila terpedaya dengan pelaburan mata wang digital menyebabkannya menanggung hutang lebih RM1 juta, dua tahun lalu.

Menurutnya, hampir setiap hari dia dihubungi orang ramai yang baik hati untuk mendapatkan khidmat pembersihan dan sanitasi premis serta rumah, tempahan menghasilkan poster perniagaan selain kandungan video yang ditawarkannya.

"Syukur kepada Tuhan. Malah, sekarang kurang rasa sakit kepala, tidak seperti sebelum ini. Dulu saya memang betul-betul 'koyak' dan pernah kemurungan.

"Saya berpegang pada prinsip 'orang akan sokong kita asalkan kita jujur serta berterus-terang'. Terima kasih sekali lagi untuk peluang dan sokongan, Insya-Allah semua akan selesai dalam masa terdekat, malah hidup akan lebih tenang (tanpa bebanan hutang)," katanya dihubungi, hari ini.

Muka depan Harian Metro hari ini menyiarkan kisah Airff Peter yang terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang juga satu-satunya harta miliknya, selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu.

Ia demi membayar hutang lebih RM1 juta selepas terpedaya pelaburan berkenaan dan kini hutangnya berbaki RM100,000, namun pemuda itu giat melakukan pelbagai kerja sampingan yang dikongsikan di TikTok.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -banyak-job-selepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.516025 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list