CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sembunyi kamera dalam soket, pengendali inap desa dikeluar dari akaun Airbnb

[Copy link]
Post time 26-9-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini

Kuala Lumpur: Pasukan keselamatan Airbnb telah bertindak mengeluarkan akaun pengendali sebuah inap desa di Sabah sementara menunggu siasatan susulan dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dinding di mana mereka menginap.

Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Amanpreet Bajaj dalam e-mel kepada Bernama berkata pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.

"Meskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami telah memberikan sokongan kepada tetamu kami," katanya.

Amanpreet mengulas laporan Bernama pada Ahad lalu yang menyebut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dnding di sebuah inap desa di mana mereka menginap.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing dilapor berkata Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC negeri dan agensi berkaitan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan itu yang didedahkan di platform media sosial
Xiaohongshu, yang berpangkalan di Shanghai, pada 14 Sept lepas sebelum dikongsi oleh portal berita tempatan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-dari-akaun-airbnb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.407504 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list