CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] McDonald's Malaysia lapor polis pelanggan dakwa kena bayar sos cili

[Copy link]
Post time 27-9-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar dakwaan seorang pelanggan dikenakan bayaran semasa meminta sos cili tambahan di restoran McDonald's Taman Buaya.

KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia membuat laporan polis berhubung insiden seorang pelanggan mendakwa dikenakan bayaran atas permintaan untuk mendapatkan sos cili tambahan di restoran McDonald's Taman Buaya.

Pengendali makanan segera terkemuka itu dalam satu kenyataan menjelaskan, selepas menjalankan siasatan dalaman dan meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), didapati bahawa terdapat satu kesilapan awal daripada pihak restoran itu apabila pelanggan diberikan dengan jumlah sos cili yang tidak mencukupi secara tidak sengaja.

"Kakitangan kami kemudian dengan segera menyediakan bungkusan tambahan sos cili apabila diminta oleh pelanggan berkenaan.

"Walau bagaimanapun, pada masa itu, pelanggan itu menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangan kami. Pelanggan itu mendesak untuk melakukan pembayaran bagi 10 bungkusan tambahan sos cili dan menggesa krew kami untuk mengeluarkan resit bagi pembelian ini.



"Walaupun krew kami cuba untuk menjelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan dengan marah, tetap mahu dikenakan bayaran bagi 10 cili terbabit," kata McDonald's Malaysia.

Sehubungan itu, kenyataan menegaskan bahawa McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan tindakan pelanggan yang bukan sahaja menunjukkan sikap agresif terhadap kakitangan syarikat itu, malah turut menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai insiden ini di media sosial.

"Kami telah melaporkan insiden ini kepada polis untuk memastikan keselamatan krew selepas mengambil kira perbuatan agresif pelanggan itu.

"Kami ingin menegaskan bahawa McDonald's Malaysia menawarkan semua pelanggan sos cili tanpa sebarang kos tambahan.

"Tambahan pula, di McDonald's Malaysia, kami menghormati anggota krew kami sebagai barisan hadapan yang sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada rakyat Malaysia pada setiap masa.

Kesejahteraan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan kami yang paling utama," katanya

https://www.bharian.com.my/berit ... kena-bayar-sos-cili
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.361098 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list