CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1855|Reply: 0

Itali yakin dapat kejutkan All Black

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN ragbi Itali. FOTO Agensi

Paris, Perancis: Pasukan ragbi Itali tidak pernah menewaskan New Zealand diperingkat antarabangsa, namun pengendali Itali, Kieran Crowley percaya kejutan mampu dilakukan pada aksi peringkat kumpulan Piala Dunia Ragbi, di Perancis nanti.

Malah Crowley berkata, pemainnya akan bermati-matian untuk cuba memenangi aksi itu yang dijangka sengit nanti.

"Kami perlu menunjukkan sedikit keberanian, kami akan bermain. Kami tidak akan pergi ke sana untuk beraksi di tahap terendah, kami akan pergi ke sana untuk cuba memenangi perlawanan," katanya.

Ketika ini, Itali menghuni tangga kedua Kumpulan A selepas mengharungi dua perlawanan untuk berada di belakang Perancis yang memimpin kumpulan itu.

New Zealand atau lebih dikenali dengan panggilan All Black pula berada di kedudukan ketiga, dan jika Itali menang ia akan menjarakkan jurang mata dengan lawannya itu.

Dalam dua aksi awal, Itali menang ke atas Namibia dan Uruguay. Lantas Crowley akui corak permainan berbeza bakal diterapkan apabila turun menentang New Zealand nanti.

"Pelan permainan yang berbeza sesuai dengan pasukan yang berbeza. Anda lihat Perancis dan Afrika Selatan, pemain mereka cukup besar dan agresif.

"Cara mereka bermain sesuai dengan mereka, tapi cara mereka bermain mungkin tidak sesuai dengan kami. Tetapi kami tidak akan biarkan mereka kuasai perlawanan sebaliknya kami akan beri tentangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kejutkan-all-black
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list