|
|
Post Last Edit by craven at 12-1-2011 17:17
BERA 12 Jan: Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan 憁engugut?peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP).
Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju.
Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (PIPP) oleh Felda ?terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang.
Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan.
Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas.
Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah.
揗asalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP.
揗ungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka,?katanya.
Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian.
Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka Felda yang telah menjualkan hasil ke kilang agensi berkenaan bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang.
sumber: harakah daily
macam macam survey ni.... rait je no 1 tu,... janji dapat duit bonus tu..... nak ikut tidak...kemudian kira... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
saman pokcik saman! jangan tak saman! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapat duit, pangkah No 1 jelah..apa nak kisah lagi. Dah tentu memang derang nie hantar kat FELDA. Nak mam** kalau pangkah no 2.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum...
saya pegawai Felda kt tembangau satu, tmpat yg isu hangat psl borang kaji selidik tue...
bila bc pasal ketidakpuasan hati sesetengah peneroka pasal borang tue, sampai masuk harakah n sinar harian, kami berbesar hati menerima pandangan mcm tue.
tp saya nk betolkan sedikit fakta yang ditulis, kami buat kajian kes tue bukan dipaksa oleh pihak atasan felda mahupun pihak politik, tp kami buat dengan kesedaran pihak pengurusan rancangan bahawa kami perlu menilai tahap sistem penyampaian di tempat kami...
jadi, bila kami buat rumusan daripada kajian kes tue, kami dapati masih banyak kekurangan dengan sitem penyampaian pengurusan dirancangan, jadi tindakan kami meningkatkan sistem penyampaian dirancangan adalah dengan, membuka kaunter pertanyaan semasa rollcall bulanan, menyediakan ajk penyelesaian isu dirancangan, menyediakan info setiap bulan dirancangan dan beberapa transformasi baru...
selain tue, rumusan pasal kajian kes tue, kami menerima banyak pandangan yang bernas n masalah peneroka dirancangan felda tembangau satu...
didalam borang tue, kami tidak mengugut atau mendesak peneroka untuk mengisi borang tersebut, sebab ianya cuma borang kajian kes rancangan. buktinya, tidak semua peneroka yg memulangkan kembali borang tue...
sebenarnya, isu nie menjadi hangat bila pihak luar yg tidak tahu menahu berkaitan tujuan borang ini dikeluarkan oleh rancangan membuat andaian bahawa ianya satu ugutan kepada peneroka, dimana jika peneroka memilih pilihan ke-2, mereka tidak akan dibayar bonus. Borang tersebut tidak menjejaskan pemberian bonus kepada peneroka pun, dan terdapat juga peneroka yg memilih pilihan ke-2, masih mendapat bonus seperti biasa.
Kami pengurusan dirancangan felda tembangau satu tidak pernah bekecil hati dengan tindakan membesar-besarkan isu nie, sebab kami tahu,kami berada dipihak yg benar...
sekian,TQ. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borang kajiselidik felda tu kena isi detail peribadi ke ? cth : name , i/c dll...biasenye kalo kajiselidik jujur dn telus mmg tak perlu isi details... tapi kalo kena isi name sume, rasenye mmg nahas la sape yg tk sokong tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum...
saya pegawai Felda kt tembangau satu, tmpat yg isu hangat psl borang kaji sel ...
SYAH88 Post at 27-1-2011 00:51 
MN atau pegawai Felda kt tembangau satu???
Nak apply masuk kadet Felda boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borang kajiselidik felda tu kena isi detail peribadi ke ? cth : name , i/c dll...biasenye kalo kajis ...
kakigebang Post at 27-1-2011 03:01 
nampka sangat tak telus... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|