CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4197|Reply: 0

'Pingat ini untuk ibu bapa saya' - Azeem

[Copy link]
Post time 1-10-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

AZEEM (kanan) di pentas podium bersama-sama pemenang pingat emas, Zhenye Xie (tengah) dan Puripol Boonson (perak). FOTO REUTERS

Hangzhou: Pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) negara, Muhammad Azeem Fahmi mengotakan janjinya untuk menghadiahkan pingat buat negara apabila menyumbangkan gangsa dalam acara riben biru itu di temasya Sukan Asia, Hangzhou.

Azeem menamatkan penantian pingat dalam acara itu selepas kali terakhir disumbangkan oleh Datuk Rabuan Pit yang merangkul emas di Sukan Asia New Delhi 1982.

Pelari berusia 19 tahun dari Perak itu mencatat masa 10.11 saat (s) untuk menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang pelari China, Xie Zhenye yang memenangi emas dengan 9.97s.

Perak dimenangi pemenang pingat emas Sukan Sea Hanoi dari Thailand, Boonson Puripol dengan catatan 10.02s.

Azeem ketika ditemui berkata, sememangnya dia tidak menjangka dapat menjejakkan kaki di podium kerana kesemua pelari yang berjaya mara ke final malam ini melakukan catatan masa peribadi terbaik (PB) dan catatan masa terbaik musim (SB) ini.

"Ini adalah pingat pertama saya di peringkat antarabangsa, walaupun saya pemegang rekod kebangsaan (10.09s) tapi saya tak pernah menang di peringkat antarabangsa.

"Walaupun ia hanya sekadar gangsa tapi sangat bermakna. Pingat ini untuk ibu bapa saya. Saya berjanji dengan mereka untuk berikan pingat di kejohanan terakhir dan saya berjaya kotakan janji itu.

"Alhamdulillah, kejayaan ini juga hasil dari doa seluruh rakyat Malaysia, ibu bapa dan rakan-rakan saya," katanya.

Terdahulu ia adalah pingat gangsa kedua buat kontinjen olahraga negara selepas Shereen Samson Vallabouy berjaya meraihnya dalam acara 400m.

Shereen menamatkan saingan dengan catatan 52.58s yang menyaksikan atlet Bahrain, Mujidat Adekonya memenangi pingat emas (50.66s) dan rakan senegara, Salwa Eid Naser merangkul perak dengan 50.92s.

Kali terakhir skuad olahraga memenangi pingat adalah menerusi Roslinda Samsu yang merangkul perak dalam acara lompat bergalah dan gangsa dari Noraseela Khalid dalam acara 400m lari berpagar di Sukan Asia Doha, 2006.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ibu-bapa-saya-azeem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048100 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list