CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4834|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jerebu dari Kalimantan bakal beri kesan negeri di timur Malaysia

[Copy link]
Post time 1-10-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Beberapa negara selatan Asean dijangka menghadapi jerebu berikutan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera, Indonesia.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberikan kesan kepada beberapa negeri di timur Malaysia.

Katanya, ia juga dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula semalam.

"Output Model HYSPLIT menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula 8 pagi, 30 September (semalam) sehingga 8 pagi, 3 Oktober (Selasa ini).

"Trajektori asap jerebu dari Kalimantan dijangka memberikan kesan jerebu kepada Kuching, Serian dan Samarahan, Sarawak pada pertengahan tempoh ramalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 semalam yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), tiada bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level direkodkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Namun di Kalimantan menunjukkan 353 titik panas manakala di Sumatera terdapat 113 titik panas dikesan," katanya.

Sementara itu menurut ASMC, kepulan asap sederhana hingga tebal diperhatikan berpunca dari titik panas yang dikesan di bahagian selatan Sumatera dan ia diperhatikan bergerak ke arah barat laut.

"Berdasarkan imej satelit terkini (semalam), titik panas bertaburan dikesan di bahagian selatan Kalimantan dan Sumatera manakala beberapa titik panas dikesan di Sulawesi, Jawa dan Kepulauan Sunda Kecil.

"Di Kalimantan, jerebu asap sederhana hingga tebal diperhatikan meliputi Kalimantan Selatan dan sebahagian besar Kalimantan Tengah. Jerebu juga diperhatikan bergerak ke timur laut dan ke Kalimantan Timur," katanya.

ASMC berkata, stesen kualiti udara di bahagian selatan dan tengah Sumatera serta di Kalimantan Tengah melaporkan tahap tidak sihat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-di-timur-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036728 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list