CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2861|Reply: 0

Jentera F1 Mercedes dijangka paling mahal

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

JENTERA Mercedes dalam saingan F1. FOTO Agensi

London: Dua pemandu Mercedes dalam perlumbaan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dan George Russell dijangka bakal memandu jentera termahal selepas pengubahsuaian dilakukan ke atas jentera dua pelumba itu.

Ia susulan desakan Hamilton yang mahu perubahan segera dilakukan terhadap jentera bagi mencabar pesaing utama pasukan Red Bulls pada musim depan.

Desakan Hamilton itu sebenarnya sudah beberapa kali disuarakan oleh pemandu kelahiran England itu, termasuk yang terbaharu selepas berakhirnya perlumbaan F1 di Jepun minggu lalu.

"Ada perkara yang saya minta kepada pasukan teknikal dan jurutera pasukan untuk melihat kembali hala tuju pasukan dengan pengubahsuaian jentera harus dibuat.

"Ia sebagai persiapan menjelang saingan musim depan yang lebih mencabar nanti," kata Hamilton.

"Apa yang saya suarakan ini turut diakui Russell dan pihak pasukan mula bertindak atas pandangan kami itu," katanya.

Dijangka beberapa perubahan akan dilakukan ke atas jentera Mercedes dan ia bakal menelan belanja yang tinggi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jangka-paling-mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.166126 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list