CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bahasa Melayu terus diperkasakan di peringkat pendidikan tinggi

[Copy link]
Post time 2-10-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Nor Ashady (kiri), Farahwahida (tengah) pada Majlis Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu dan Wacana Bahasa Melayu Kontemporary 2023 di Hotel Sunway Putra. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Profesor Pengajian Islam dalam bidang Akidah dan Pemikiran, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Prof Dr Farahwahida Mohd Yusof dianugerahi Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2023.

Anugerah berkenaan diterimanya pada Majlis Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu dan Wacana Bahasa Melayu Kontemporari 2023 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini, hari ini.

Farahwahida meluahkan rasa syukur dengan pengiktirafan itu dan berharap usahanya dapat membantu mengangkat bahasa Melayu, terutama dalam bidang pendidikan.

"Saya akan membantu menambah baik selain membantu pensyarah muda untuk menulis lebih banyak buku dalam bahasa Melayu kerana kita kekurangan pensyarah muda yang mahu menulis.

"Mungkin mereka ada idea dan kepakaran tetapi tidak ada bimbingan. Saya akan cuba mengetengahkan tenaga muda untuk menulis dalam bahasa Melayu sebagai medium perantaraan.

"Saya juga akan ada bengkel bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, termasuk penerbit UiTM, yang memberi peluang kepada saya untuk menulis serta menerbitkan lebih banyak buku," katanya.

Farahwahida turut berterima kasih kepada pengurusan UiTM, rakan setugas dan pihak lain di atas segala sokongan sehingga membawa kepada kejayaan berkenaan.

Bagi Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu, ia milik Prof Dr Mohd Affendi Mohd Shafri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Norashady Mohd Noor dari Politeknik Sultan Azlan Shah pula menerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal.

Mohd Affendi berkata, bahasa Inggeris kerap digunakan dalam konsep sains.

"Masih banyak istilah Melayu berkaitan perubatan yang memberi saya petunjuk bahawa sebelum ini, bahasa Melayu sudah mampu mengungkap makna dan konsep sains itu tersendiri.

"Sekiranya bahasa Melayu dapat ditonjolkan sebagai bahasa ilmu, ia pasti membuktikan bahawa bahasa ini adalah relevan dan bersifat dinamik," katanya.

Sementara itu, Norashady berkata, walaupun bidang teknikal banyak menggunakan istilah bombastik, beliau lebih gemar menjalankan sesi perkongsian webinar menggunakan bahasa Melayu kerana ia lebih mudah difahami.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-pendidikan-tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.168236 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list