CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 7

Makan Puas-Puas Kalau Datang Korea! Bukan Hanya Lazat, Makanan Korea Terbukti Secara Saintifik Beri Manfaat Pada Kesihatan

  [Copy link]
Post time 2-10-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Kalau melancong mestilah nak rasa makanan negara orang kan? Kalau pergi Korea memang rambang mata tak tahu nak rasa mana dulu.  Bukan sahaja sedap malah makanan Korea secara umumnya sangat berkhasiat.


Sebahagian besar masyarakat di Korea mengambil nasi dan hidangan yang kebanyakannya terdiri daripada sayur-sayuran seperti bibimbap, yang dihidangkan dalam satu mangkuk dan ada pelbagai jenis campuran makanan seperti nasi, protien serta pelbagai sayur-sayuran.


Ini antara sebab kenapa makanan Korea diiktiraf sebagai hidangan yang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.




Foto: Google




Makanan ditapai


Foto: Google







Makanan Korea yang ditapai seperti kimchi, doenjang dan gochujang. Makanan yang ditapai tinggi dengan bakteria berfaedah di mana ia boleh membantu penghadaman serta meningkatkan imuniti dalam badan manusia.


Rendah lemak


Foto: Google







Sebahagian hidangan Korea menggunakan daging tanpa lemak seperti ayam dan makanan laut. Ia juga dimasak dengan sedikit atau kadang-kadang tanpa menggunakan  minyak, menjadikannya lebih rendah kandungan lemak berbanding masakan lain.


Tinggi serat
Makanan Korea tinggi serat kerana penggunaan sayur-sayuran, bijirin dan kekacang dalam kebanyakan hidangannya. Lantaran itu, kesemua bahan ini membantu menggalakkan pencernaan yang sihat dan boleh menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan.


Rendah gula
Masakan Korea menggunakan gula yang minimum dalam hidangannya. Dengan kurangnya gula dalam masakan, ia boleh membantu mengelakkan lonjakan gula dalam darah dan mengekalkan rasa asli bahan lain.


Bernutrisi


Foto: Google







Banyak hidangan Korea dimasak dengan bahan yang penuh dengan nutrien seperti rumpai laut, cendawan dan ginseng. Kesemua bahan ini sangat tinggi dengan vitamin dan mineral.


Rendah natrium
Walaupun masakan Korea terkenal dengan rasa yang unik, banyak hidangan menggunakan garam atau kicap secara minimum. Hal ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan natrium mereka.


Secara keseluruhannya, makanan Korea dianggap sebagai sihat oleh pakar makanan kerana tumpuannya pada bahan-bahan segar dan keseluruhan serta pendekatannya yang seimbang untuk memasak.


Penekanan pada makanan yang ditapai dan hidangan rendah lemak, rendah gula dan rendah natrium menjadikannya pilihan popular bagi mereka yang mencari pilihan makanan yang sihat tetapi rasanya  tetap lazat. -CARI


Sumber: KimchiDaily
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimchi tuu sedaplaa pulak.. first time mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp pasal Korean food.. Baru ni nk pi mkn kt myeongdong. Sekali nmpk kat banner, klu download apps dpt 50% utk meal set. Apa LG terus download lah kitrg...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 08:30 AM | Show all posts
nak kena check halal atau tidak sumbernya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan kat mesia pun sama jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:02 PM | Show all posts
kimchi tak sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2023 03:10 PM | Show all posts
tteobokki... kimchi, sini pon restoran korean dh bnyk
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
beras tu lain dr beras kita..as for me, itu yg sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.108149 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list