CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 680|Reply: 0

[Pahang] Minyak peket dan gula pula sukar didapati di Jerantut dan Temerloh

[Copy link]
Post time 3-10-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Nor Mahmud kini hanya menjual beras import sahaja di kedainya. FOTO ROSELAN AB MALEK

Jerantut: Kekurangan bekalan beras tempatan, telur, gula dan minyak masak peket menggusarkan pengguna dan memeningkan golongan peniaga kerana permintaan terhadap bahan asas itu begitu tinggi tetapi tiada di pasaran.

Tinjauan di beberapa lokasi di sekitar Jerantut mendapati kebanyakan kedai runcit mengalami masalah bekalan beras dan telur dan kini gula dan minyak masak peket.

Peniaga mendakwa kekurangan minyak peket dan gula mula dirasai sejak bulan lalu dan jika menerimanya hanya dalam kuantiti yang sedikit.

Peniaga runcit di bandar Jerantut, Mohd Nor Mahmud, 43, berkata, kebanyakan beras yang diedarkan oleh pembekal ketika ini ialah beras import kerana bekalan beras tempatan tiada langsung.

"Biasanya saya memesan 50 kampit seminggu tetapi sekarang tidak menerima bekalan langsung kecuali beras import.

"Bekalan beras import tiada masalah tetapi menghadapi kenaikan harga kerana harga runcit tidak dikawal tetapi bergantung kepada jenama," katanya.

Menurutnya, dalam masa sama telur, gula dan minyak peket turut mengalami masalah bekalan. Dia berkata, sejak beberapa minggu lalu dia hanya mendapat 20 papan telur saja dan satu kotak minyak masak peket.

Katanya, ramai pelanggan tetap merungut terutamanya peniaga kedai makan dan pengusaha kuih kerana sukar mendapat barangan asas itu.

Mohd Nor berkata, kini gula pula mula hilang dari pasaran yang mana pembekal hanya menyediakan gula jenis mahal saja.

Bagi peniaga kedai runcit di pekan Kerdau, Temerloh, Zulkafly Ramly, 42, berkata, dia turut menghadapi masalah sama sejak bulan lalu.

Malah setiap hari, dia akan ke Temerloh, untuk mencari bekalan dari pemborong namun hampa.

Zulkifli berkata, walaupun isu ketiadaan beras dan telur masih belum reda, kini timbul pula ketiadaan minyak peket dan gula yang sudah tentu menyukarkan lagi penduduk kampung

Justeru bagi memastikan dia mempunyai barang jualan, dia turut 'memburu' bahan itu di pasar raya besar.

"Saya simpati dengan penduduk kampung yang amat memerlukan bahan asas untuk keperluan harian mereka dan tidak wajar mereka terpaksa ke Temerloh semata-mata untuk membeli sekampit gula," katanya.

Dia berharap kerajaan dapat mengatasi masalah itu dengan segera bagi memastikan kos hidup tidak meningkat mendadak khususnya kepada penduduk di luar bandar yang kebanyakannya pendapatan kecil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rantut-dan-temerloh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.190720 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list