CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3714|Reply: 0

[Selangor] Pemandu guna siren mencelah kenderaan lain diburu

[Copy link]
Post time 4-10-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular menunjukkan aksi Proton Saga yang menggunakan siren dan dipandu secara berbahaya di Jalan Serdang Perdana.

Serdang: Polis mengesan pemandu Proton Saga yang menggunakan siren dan dipandu secara berbahaya di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 48 saat menunjukkan aksi kereta itu dipandu melulu yang tular di media sosial, hari ini.

"Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku pada 2 Oktober (semalam) sebelum video mengenainya tular di media sosial hari ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan pemandu itu dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak lebih daripada RM15,000," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nderaan-lain-diburu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.206518 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list