CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4138|Reply: 0

VAR tidak ubah apa-apa - Southgate

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali England, Gareth Southgate berkata pembantu pengadil video (VAR) tidak membantu apa-apa dalam menangani isu keputusan kontroversi pengadil. - Foto REUTERS

LONDON: Pengendali England, Gareth Southgate berkata pembantu pengadil video (VAR) tidak membantu apa-apa dalam menangani isu keputusan kontroversi pengadil, dan dia tidak pernah menyukai teknologi itu.

Proses membuat keputusan dari luar padang itu mendapat kritikan minggu ini selepas Liverpool dinafikan jaringan dalam kekalahan 2-1 di Tottenham.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menuntut perlawanan diadakan semula manakala badan pengadil, PGMOL mengumumkan penilaian semula VAR.

"Sebelum ini orang akan memperkatakan tentang pengadil selepas perlawanan dan sekarang mereka masih merungut berkenaan mereka.



"Jadi saya tidak nampak apa yang berjaya diselesaikan. Saya tidak pernah menyukainya, dan tidak akan, jadi boleh dikatakan saya menolaknya sama sekali.

"Saya dibesarkan dengan keputusan pengadil adalah muktamad. Saya tidak fikir isu ini akan selesai," kata Southgate. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... h-apa-apa-southgate
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051838 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list