CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 0

Saka mungkin turun jumpa City

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Bukayo Saka perlu pulih segera jika mahu diturunkan bagi aksi penting Arsenal-Manchester City malam esok. – Foto uefa.com

LONDON: Penyerang Arsenal, Bukayo Saka dipertimbangkan untuk turun berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City sekalipun dikeluarkan kerana cedera ketika kalah 2-1 di RC Lens pada aksi Liga Juara-Juara minggu ini, kata pengurus Mikel Arteta semalam.

Saka, yang beraksi dalam setiap 87 perlawanan terakhir Arsenal dalam liga, satu rekod kelab bagi perlawanan berturut-turut dalam pertandingan itu, mungkin akan meneruskan catatan itu.

"Ya dia berada dalam pertimbangan. Lihat bagaimana perkembangannya dari hari ini hingga Ahad," kata Arteta kepada wartawan.

"Dia terpaksa meninggalkan padang, ia bukannya berita bagus tetapi lihat bagaimana dia memulihkan diri."



Saka dinamakan dalam skuad England kelmarin bagi aksi persahabatan dengan Australia dan kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Arteta sudah berhubung dengan pengurus England, Gareth Southgate.

"Saya sudah bercakap dengan Gareth beberapa kali. Saya perlu lakukan tugas saya dan memberitahunya berita ini," kata Arteta. "Beliau perlu membuat keputusan terbaik untuk pasukan kebangsaan. Saya tidak akan terbabit di sana."

Arsenal menjadi pencabar utama City bagi merebut kejuaraan liga musim lalu, namun selepas mengungguli carta liga selama beberapa bulan mereka akhirnya diatasi pasukan kendalian Pep Guardiola.

Pada awal musim ini, Arsenal menewaskan City untuk memenangi Perisai Komuniti, sesuatu yang dipercayai Arteta mampu memberi keyakinan kepada mereka menjelang perlawanan malam esok.

"Ya, ia penting buat kami. Untuk memenangi satu piala menentang Manchester City sesuatu yang perlu anda hargai," katanya.

"Cara kami melakukannya memberikan kami keyakinan dan kepercayaan kami boleh menewaskan mereka."

Arsenal kini di tangga ketiga carta liga, satu mata di belakang pendahulu City selepas memulakan musim tanpa kalah. City kalah aksi terakhir mereka 2-1 di Wolverhampton Wanderers. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... in-turun-jumpa-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050070 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list