CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1725|Reply: 0

TFC mahu lunas dendam jumpa KL City

[Copy link]
Post time 9-10-2023 06:52 AM | Show all posts |Read mode
TFC mahu lunas dendam jumpa KL City


Habib (kiri) akan mengetuai cabaran TFC menentang KL City pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 21 Oktober ini. Foto GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: "Luka lama masih berbekas dan kami tidak mahu pisang berbuah dua kali."

Itu tekad kapten Terengganu FC (TFC), Habib Haroon yang mengharapkan pasukannya mampu menundukkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung 21 Oktober ini.

Aksi timbal balik bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 3 November depan.

Kapten kelahiran Bahrain berusia 23 tahun itu yang terpaksa berdepan kekecewaan selepas pasukannya ditunjukkan jalan keluar skuad The City Boys pada aksi separuh akhir Piala FA Jun lalu mengharapkan episod malang tidak lagi berulang dalam misi ke pentas final.

Pada aksi separuh akhir Piala FA itu, skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner atau lebih mesra dipanggil 'Tommy' dimalukan di laman sendiri selepas tumpas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti sesudah kedudukan sehingga masa tambahan terikat tanpa jaringan.

"Seperti kebiasaannya, kami memandang serius semua perlawanan kami begitu juga berdepan KL City pada aksi pertama separuh akhir pertama Piala Malaysia minggu depan.

"Skuad itu (KL City) pernah menumbangkan kami dalam saingan Piala FA Jun lalu, jadi kami sedaya upaya mahu memastikan kekecewaan kedua tidak akan berulang lagi dalam misi kita mara ke final.

"Justeru kami tiada pilihan selain perlu bersedia daripada segi fizikal dan mental dengan berbaki kurang dua minggu lagi sebelum turun berdepan dengan skuad itu pada 21 Oktober ini di stadium lawan.

"Pada masa sama kami juga turut mengharapkan 'pemain ke-12' dapat membanjiri Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sekali gus menyuntik semangat kami ketika beraksi," kata kapten yang sudah tiga musim menyarung jersi skuad Penyu itu.

Kali terakhir skuad Penyu mara ke pentas final Piala Malaysia pada 2018 sebelum tumpas kepada Perak menerusi sepakan penalti 1-4 selepas terikatg 3-3 sehingga tamat masa tambahan.

Tahun lalu perjalanan skuad Penyu tersekat di peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada Selangor FC dengan agregat 2-3.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/sukan ... endam-jumpa-kl-city

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060837 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list