CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 0

Barcelona bangkit ikat Granada

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode



Pemain Barcelona, Lamine Yamal meraikan jaringan ketika aksi La Liga menentang Granada di Nuevo Estadio de Los Carmenes, Granada. - Foto AFP


Next

GRANADA: Barcelona bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2 menentang Granada tetapi hilang cengkaman dalam pemburuan kejuaraan La Liga.

Bryan Zaragoza meletakkan tuan rumah dua gol di depan, namun Lamine Yamal dan Sergi Roberto memastikan juara bertahan itu kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum tewas dalam kempen La Liga musim ini.

Bagaimanapun kelab Catalan itu tergelincir ke tangga ketiga dan tiga mata di belakang pendahulu, Real Madrid, serta satu di belakang Girona, yang kedua-duanya menang semalam.

Zaragoza meledak dua kali di babak pertama, membuka jaringan hanya selepas 17 saat - gol terpantas membolosi Barcelona di abad ini.



Yamal kembali merapatkan jurang sebelum rehat, menjadi pemain termuda La Liga menjaringkan gol pada usia 16 tahun 87 hari.

Skuad kendalian Xavi Hernandez menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat apabila pemain gantian, Roberto menemui sasaran, tetapi terlalu suntuk untuk mencari gol kemenangan.

Zaragoza hampir meledak hatrik, tetapi percubaannya tersasar. Joao Felix menanduk masuk gol untuk Barcelona, tetapi tidak dikira kerana Ferran Torres berada di kedudukan ofsaid. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... angkit-ikat-granada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063094 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list