CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Selangor] Tergamak mahu tetak adik sendiri dengan pedang

[Copy link]
Post time 9-10-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Sungai Buloh: Seorang wanita tergamak mahu menetak adik kandungnya dalam kejadian pergaduhan di rumah mereka di Kampung Melayu Sungai Buloh di sini, semalam.

Difahamkan, wanita berusia 30-an tidak puas hati terhadap adik lelakinya berusia 20-an lalu bertindak mengambil pedang panjang yang disimpan dan cuba menetak mangsa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, polis yang menerima panggilan mengenai kejadian segera ke lokasi.

"Anggota yang tiba di lokasi berjaya menahan suspek dan merampas pedang berukuran 0.9 meter yang digunakan suspek.

"Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Shafa'aton berkata, semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Menurut beliau, suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 11 Oktober untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndiri-dengan-pedang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044186 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list