CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2159|Reply: 0

FAM ambil iktibar

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:06 PM | Show all posts |Read mode

FIRDAUS (tengah) akui tidak kesal dengan keputusan menjemput negara Palestin. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil iktibar daripada penarikan diri dua pasukan dari Asia Barat pada saingan Pestabola Merdeka tahun ini.

Sebelum ini, Lubnan muncul pasukan pertama yang menarik diri pada bulan lalu dengan alasan undian Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan mereka diundi sekumpulan dengan Palestin bagi tujuan merahsiakan taktikal pasukan.

Badan induk bola sepak tempatan itu sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Palestin pula menarik diri ekoran konflik peperangan dengan Israel ketika sepak mula Pestabola Merdeka hanya berbaki tiga hari pada Jumaat ini.

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, pihaknya selepas ini akan lebih berhati-hati pada edisi akan datang terutama babitkan pasukan di Asia Barat.

Bagaimanapun, beliau akui tidak kesal dengan keputusan menjemput negara Palestin kerana memahami situasi tegang yang berlaku di wilayah bergolak itu.

"Kita tidak kesal tetapi ini satu pengajaran buat FAM kerana konflik seperti ini kita tidak boleh jangka.

"Ia adalah krisis antarabangsa dan mungkin kita boleh lebih berjaga-jaga pada penganjuran selepas ini," katanya pada sidang media Pestabola Merdeka di Wisma FAM, di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Berdasarkan jadual terkini perlawanan, Malaysia bakal berdepan India pada aksi pertama Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan pemenang akan meraih slot ke final pada Selasa depan.

Tajikistan mendapat bye dan akan menunggu di final selepas Palestin menarik diri.

Untuk rekod, saingan Pestabola Merdeka ini adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon sebelum berentap di Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan depan, dan pusingan akhir Piala Asia di Qatar Januari tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 2/fam-ambil-iktibar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.053408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list