CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2315|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes menantu Muhyiddin: Permohonan Notis Merah sudah diserah kepada Interpol

[Copy link]
Post time 10-10-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Adlan.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menghantar permohonan Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan itu dihantar kepada Interpol Asia sebelum dirujuk ke ibu pejabat Interpol yang berpangkalan di Lyon, Perancis.

"Pihak Interpol Asia sedang menunggu jawapan daripada Interpol di Lyon dan kita yakin memang ada Notis Merah akan dikeluarkan.

"Jawapan daripada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kita sudah terima pada 3 Oktober lalu," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, PDRM sudah menerima dokumen diperlukan daripada SPRM sebelum dimajukan ke Interpol.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, SPRM sedang menyediakan beberapa dokumen diperlukan termasuk draf pertuduhan kes untuk diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan Notis Merah terhadap menantu Muhyiddin itu dan seorang lagi individu.

Permohonan Notis Merah itu perlu dibuat melalui PDRM.

SPRM memohon Notis Merah terhadap Muhammad Adlan serta peguamnya, bagi siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rah-kepada-interpol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.120470 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list