CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2172|Reply: 0

Fatin akan terus memanah untuk negara selagi diperlukan

[Copy link]
Post time 11-10-2023 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Fatin akan terus memanah untuk negara selagi diperlukan


FATIN sudah menjangkau usia 32 tahun.


Kuala Lumpur: Pemanah wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh masih belum terfikir untuk bersara sebaliknya akan terus berkhidmat kepada negara selagi diperlukan.

Menurutnya, dia akan terus berjuang demi negara di kejohanan kompetitif untuk memburu lebih banyak kejayaan.

Atlet berusia 32 tahun itu turut berpandangan, pemanah negara dalam acara compound wanita perlu berusaha lebih lagi untuk meningkatkan prestasi mereka.

"Buat masa sekarang skor agak jauh tapi ada satu dua orang yang boleh dibantu untuk bermain di kejohanan kompetitif dan perlu lebih banyak pendedahan buat mereka," katanya.

Pada Ogos lalu, pemanah berpengalaman itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaan acara compound individu wanita di Paris sekali gus membuktikan dia masih relevan.

Ketika ini, dia akan fokus kepada Kejohanan Sirkit Kebangsaan pada 17 hingga 22 Oktober ini.

Fatin kini berada di kedudukan 41 dunia dalam acara compound dunia dan pernah memenangi pingat emas berpasukan Piala Dunia Memanah 2015 Peringkat 1.

Terdahulu, Fatin gagal mara ke peringkat seterusnya apabila tersingkir di pusingan 1/16 acara compound individu wanita di Sukan Asia 2022 selepas tewas tipis kepada pemanah Thailand, Mannesombatkul Kanyavee 140-141.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-selagi-diperlukan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.187383 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list