CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2281|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] RM1 bilion lebur: SSM serah hasil siasatan kepada TPR

[Copy link]
Post time 11-10-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung pendedahan Harian Metro berkaitan penipuan pelaburan mendakwa patuh syariah yang membabitkan kerugian mencecah RM1 bilion.

SSM berkata, sehingga 30 September lalu, pihaknya menerima 409 aduan membabitkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah dari Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Menurutnya, SSM meneliti setiap aduan dan menjalankan siasatan lengkap dengan merekodkan keterangan daripada pelabur, ejen pelaburan, pengarah dan pegawai syarikat serta individu berkaitan, di samping mendapatkan dokumen-dokumen tambahan.

"Sebanyak 23 rakaman percakapan dijalankan bagi tujuan ini. Susulan itu, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pertimbangan dan arahan lanjut," katanya kepada Harian Metro.

Akhbar ini menerusi laporan bersiri bermula 22 Jun lalu mendedahkan 500 orang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan patuh syariah dengan nilai kerugian mencecah RM1 bilion.

Syarikat terbabit akan menampilkan diri mereka dengan memakai sut berjenama, mempamerkan kenderaan mewah dan rumah besar serta menunjukkan ciri Islam bagi memperdaya orang ramai untuk melabur.

Malah bagi meyakinkan pelabur mereka turut menampilkan wajah tokoh agama, pendakwah bebas dan selebriti yang kononnya turut melabur di syarikat terbabit sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Susulan laporan ekslusif Harian Metro, SSM yang menerima aduan daripada mangsa membuka kertas siasatan.

Mengulas lanjut, SSM berkata, siasatan juga mendapati syarikat yang terbabit dalam kes ini, berdaftar dengan SSM.

"Bagaimanapun, siasatan SSM mendapati, syarikat itu tidak lagi beroperasi semasa siasatan dijalankan.

"Selain itu, SSM ingin menegaskan bahawa skim pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut bukan di bawah bidang kuasa atau diluluskan SSM seperti diperuntukkan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016," katanya.

Katanya, maklumat berhubung skim-skim kepentingan yang berdaftar dengan SSM boleh disemak di Portal SSM di Senarai Terkini Skim Kepentingan Berdaftar - All Items (ssm.com.my)

"Pihak SSM menyarankan orang awam yang ingin membuat pelaburan mengambil langkah berhati-hati dan membuat semakan lanjut (due diligence) terlebih dahulu ke atas skim pelaburan yang ditawarkan sama ada pelaburan itu telah berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan/ penguatkuasaan sebelum menyertainya.

"Skim pelaburan yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi atau pulangan yang tidak munasabah seharusnya dikaji dan mendapatkan nasihat daripada agensi-agensi yang berkaitan sebelum pelaburan dibuat dalam skim tersebut," katanya.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sebelum ini turut mengesahkan mengesan kewujudan pelbagai iklan pelaburan saham Islamik dan patuh syariah secara berleluasa di platfom media sosial dengan 186 kes disiasat membabitkan jumlah kerugian RM5.4 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... siasatan-kepada-tpr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055859 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list