CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2372|Reply: 0

[Johor] Lepas makan, ‘dia’ berak merata

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Alawi menunjukkan kesan najis gajah di belakang gerainya di Simpang Perani, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Seorang penjual buah-buahan di Simpang Perani di sini mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas gerai­nya diserang tiga ekor gajah liar dalam kejadian Ahad lalu.

Mohd. Alawi Osman, 39 berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi menyebabkan ke­semua buah-buahan yang merupakan stok baru rosak.

Menurutnya, selain memakan dan merosakkan buah-buahan, terdapat juga kesan najis haiwan liar itu di dalam gerai.

“Banyak buah yang rosak dan jumlah tembikai sebanyak satu tan hanya berbaki tujuh biji.

“Ini adalah kejadian kedua berlaku yang melibatkan kerugian besar. Beberapa tahun lepas, serangan gajah turut mengakibatkan kerosakan khemah dan saya mengalami kerugian lebih RM4,000,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Alawi berkata, dia telah berniaga kira-kira 10 tahun di lokasi itu dan mendakwa terdapat kira-kira 30 ekor gajah liar yang sering mengganggu premis­nya terutama ketika cuaca sejuk.

“Isu gangguan gajah ini sangat serius dan pernah berlaku kes orang mati dipijak haiwan liar itu beberapa tahun lalu,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10/11/lepas-makan-dia-berak-merata/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.567012 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list