CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2076|Reply: 0

[Johor] 'Laluan tikus' ke CIQ BSI Tambak Johor diarah tutup

[Copy link]
Post time 11-10-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode

SAIFUDDIN (depan, tiga kiri) bersama Onn Hafiz (depan, dua kiri) ketika lawatan kerja di CIQ BSI Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Kerajaan mengarahkan supaya 'laluan tikus' yang digunakan pejalan kaki untuk memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Tambak Johor, di sini, ditutup.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor, hari ini.

"Lorong tikus (laluan pintas) untuk masuk ke CIQ BSI itu sedang dikaji penyelesaiannya dengan rapi.

"Namun Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor ada mencadangkan untuk buat 'shutle bus' bagi jangka masa pendek bagi kemudahan supaya mereka yang berjalan kaki datang dari Stulang dan sekitarnya selesa ke CIQ BSI.

"Oleh itu, laluan tikus itu terpaksa ditutup atas faktor keselamatan terutama isu kebolosan dan insiden kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor di CIQ BSI, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas itu secara dalam talian.

Terdahulu, Onn Hafiz mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meninjau CIQ BSI bagi melihat keadaan kesesakan di situ pada waktu puncak.

Laluan tikus' itu merujuk kepada laluan pintas yang digunakan pekerja Malaysia di Singapura yang berjalan kaki menuju ke CIQ BSI, bermula dari arah Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Stulang yang merentasi laluan di celah beberapa bangunan komersial sejauh 1.5 kilometer.

Sebelum ini media melaporkan laluan tikus berkenaan menjimatkan masa pekerja Malaysia di Singapura yang berjalan kaki ke CIQ BSI kerana penutupan laluan itu menyebabkan mereka terpaksa berjalan sejauh 1.5 km mengelilingi kompleks itu.

Pejalan kaki juga dilaporkan jalan pintas berkenaan bukan sahaja memberi kemudahan pada mereka malah menyuraikan lalu lintas dari pusat bandar, yang kini sesak teruk akibat kerja-kerja pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) yang sedang dijalankan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -johor-diarah-tutup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.422093 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list