|
Foto hiasan
Muar: Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menendang isteri serta menumbuk lengan mangsa hingga lebam dalam kejadian di sebuah rumah di Seri Menanti, di sini.
Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi semalam, ketika suspek berusia 34 tahun dan bekerja kampung baru pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek secara tiba-tiba memarahi dan meninggikan suara terhadap mangsa berusia 32 tahun yng bertanyakan mengapa suspek pulang lewat.
Beliau berkata, pertanyaan itu mengundang kemarahan suspek sebelum lelaki itu bertindak memukul isterinya dengan menendang belakang badan serta menumbuk lengan kiri mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa lebam di lengan kiri sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa di sini, pada hari kejadian," katanya.
Raiz Mukhliz berkata, bertindak atas laporan dibuat, polis menahan suspek pada jam 2 pagi tadi.
Katanya, suspek kemudian dibawa ke balai untuk siasatan lanjut berkaitan kes mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.
"Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Mengikut laporan dan siasatan, suspek beberapa kali pernah memukul isterinya sebelum ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... suamikan-kaki-pukul |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|