CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3539|Reply: 0

Ini tempat terbaik untuk makan, beli-belah di Korea Selatan

  [Copy link]
Post time 12-10-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode


FENOMENA 'Hallyu' atau Gelombang Korea mula memasuki Malaysia sejak 20 tahun lalu menerusi drama, filem dan muzik pop popular mereka.

Langkah ini ternyata membuahkan hasil apabila bukan sahaja drama, filem dan muzik pop mereka menjadi kegilaan bahkan hidangan Korea Selatan turut digemari rakyat Malaysia.

Ini sekali gus menjadikan Korea Selatan sangat dikenali dan menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.

Tidak seperti kebanyakan destinasi Asia yang lain, cuaca di Korea Selatan terbahagi kepada empat musim yang berbeza dan musim terbaik untuk melancong ke sana adalah pada bulan April sehingga Jun.

Sepanjang tempoh tersebut, pelancong berpeluang menikmati keindahan bunga sakura dan merasai sendiri musim bunga di Korea Selatan.

Buat mereka yang merancang untuk bercuti ke Korea Selatan, terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh dikunjungi untuk membeli-belah serta merasai keenakan makanan Korea Selatan.

Lokasi menarik membeli-belah


Kunjungi LINE FRIENDS Flagship Store dan dapatkan pelbagai barangan eksklusif jenama watak global LINE FRIENDS iaitu Brown & Friends.

Selain itu, peminat kumpulan BTS juga boleh mendapatkan barangan BT21 yang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk buku nota, beg, baju, mug dan barangan elektronik.

Pelancong juga jangan ketinggalan menerokai Lotte Duty Free dan nikmati tawaran hebat untuk pelbagai barangan dari jenama Korea Selatan.

Terdapat di beberapa lokasi di Korea Selatan, syurga beli-belah ini menawarkan harga menarik buat pelancong yang mencari jenama terbaik termasuk barangan eksklusif kerjasama dengan kumpulan idola popular.

Lengkapkan percutian dengan berkunjung ke Shinsegae Duty Free yang terletak di Myeongdong berdekatan Pasar Namdaemun serta N Seoul Tower untuk peluang menikmati pemandangan pusat bandar Seoul yang menakjubkan.

Kedai bebas cukai pertama dari salah sebuah nama terbesar di Korea Selatan ini menampilkan pelbagai kategori barangan dari harga mampu sehingga mewah.

Lebih menarik, Shinsegae Duty Free turut mempunyai ruangan seni di dalamnya.

Nikmati juadah Korea Selatan kegemaran



Percutian ke Korea Selatan pastinya tidak lengkap jika tidak merasai keenakan makanan jalanan dan juadah di kedai serbaneka mereka.

Sebagai permulaan, pelancong boleh menikmati pelbagai jenis makanan Korea di kedai serbaneka 24 jam, GS25 selain turut boleh mendapatkan keperluan yang diperlukan ketika melancong di sana.

Selain itu, terokai hidangan 'hot pot' di Hai Di Lao, salah satu rangkaian restoran 'hot pot' terbesar dari China.

Hai Di Lao kini terdapat di beberapa negara berbeza termasuk Korea Selatan yang pasti membuat pelanggan rambang mata dengan pelbagai pilihan juadah.

Memandangkan budaya kopi dan kafe sering dipaparkan menerusi filem serta drama Korea, pelancong pastinya ingin merasai sendiri pengalaman minum kopi di Korea Selatan.

Pelancong boleh mengunjungi kafe yang menjadi kebiasaan mereka di Malaysia seperti Starbucks dan jangan ketinggalan untuk melihat barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di Korea Selatan dan mencuba minuman bermusim mereka.

Lebih menarik, pelancong tidak perlu lagi risau kehabisan mata wang Won atau menukar wang dan membayar yuran pertukaran asing.

Kini mereka boleh membayar dengan Touch 'n Go eWallet di semua lokasi di atas termasuk lebih 120,000 peruncit Alipay+.

Kadar pertukaran kompetitif, sifar yuran perkhidmatan




Sebagai penyedia pembayaran digital global, Alipay+ bekerjasama dengan Touch 'n Go eWallet membawa kemudahan buat pengguna yang mana kini boleh digunakan di pelbagai negara termasuk Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Menerusi kerjasama ini, pengguna Touch 'n Go eWallet dapat menikmati kadar pertukaran mata wang kompetitif dengan sifar yuran perkhidmatan serta merasai pelbagai tawaran eksklusif dari Alipay+ bersama rakan kongsi di setiap destinasi pelancongan.

Mereka yang melancong ke luar negara boleh membuat transaksi dengan lebih mudah di lebih satu juta perniagaan dari pelbagai sektor termasuk peruncitan, makanan dan minuman, pelancongan dan hospitaliti dengan hanya menggunakan aplikasi Touch 'n Go eWallet.

Berikut langkah mudah untuk pengguna menikmati pembayaran di luar negara menerusi Touch 'n Go eWallet:

1- Cari kedai dengan tanda Alipay+
2- Buka aplikasi Touch 'n Go eWallet
3- Pilih 'Scan' dan imbas kod QR peniaga atau klik 'Bayar ke Luar Negara dengan Alipay+' untuk peniaga mengimbas kod QR anda
Semak jumlah bayaran dan klik 'Pay' untuk resit
4- Paling penting, pengguna digalakkan untuk menambah nilai Touch 'n Go eWallet sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi pelancongan.

Terdapat lebih 120,000 peniaga di Korea Selatan kini menerima pembayaran yang dibuat dengan Touch 'n Go eWallet melalui Alipay+ termasuk Paris Baguette, Haidilao, Daiso, Galleria Department Store, Lotte Duty Free dan Shinsegae Duty Free.

Muat turun aplikasi Touch 'n Go eWallet di App Store atau Google Play dan nikmati pelbagai tawaran serta diskaun dari tempat berbeza dengan kaedah bayaran yang sama dan mudah.

Percutian ke luar negara kini lebih mudah dengan Touch 'n Go eWallet yang dikuasakan oleh Alipay+.




Kredit : Berita Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057395 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list