CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5167|Reply: 0

[Lain-Lain] Risau, seriau 'bersatu' The Exorcist: Believer

  [Copy link]
Post time 13-10-2023 07:08 AM | Show all posts |Read mode
Risau, seriau 'bersatu'



KATHERINE lakonan Olivia (kanan) dan Lidya sebagai Angela.


FILEM: The Exorcist: Believer

PENGARAH: David Gordon Green

PENULIS SKRIP: Peter Sattler dan David Gordon Green

PELAKON: Leslie Odom Jr, Lidya Jewett, Olivia O'Neill, Jennifer Nettles, Norbert Leo Butz, Ann Dowd dan Ellen Burstyn

TERBITAN: Blumhouse Productions, Morgan Creek Entertainment dan Rough House Pictures

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

Pelengkap keenam dalam francais filem The Exorcist ini disusun sebagai sekuel kepada filem The Exorcist yang pernah ditayangkan pada 1973.

Secara ringkasnya, The Exorcist: Believer mengisahkan mengenai jurugambar, Victor Fielding yang bercuti bersama isteri, Sorenne di Haiti.

Sorenne yang ketika itu hamil anak pertama mereka dijemput penduduk tempatan untuk menjalani ritual

'voodoo' bagi merahmati kandungannya.

Kebetulan, Haiti kemudian digegarkan dengan gempa bumi yang menyebabkan Sorenne parah selepas terperangkap dalam runtuhan hotel yang mereka diami.

Berjaya membawa isterinya ke hospital berhampiran, Victor diduga apabila perlu memilih sama ada ingin menyelamatkan Sorenne atau bayi dalam kandungannya.

13 tahun berlalu dan Victor kini hidup bersama anaknya, Angela. Angela yang membesar tanpa kehadiran ibu sentiasa ingin 'berhubung' dengan ibunya.

Dia bersama rakannya, Katherine kemudian cuba melakukan upacara memuja roh di hutan untuk menghubungi roh ibunya.

Namun, tindakan mereka membawa padah apabila mereka kemudian hilang beberapa hari dan kembali dalam keadaan tidak terurus.

Siapa sangka, itu menjadi permulaan buat kedua-dua mereka apabila dirasuk iblis.


ANTARA babak rasuk dalam The Exorcist: Believer.

Victor dan ibu bapa Katherine mencuba pelbagai cara dan akhirnya meminta bantuan penulis buku yang pernah berhadapan situasi sama pada 1973, Chris MacNeil.

Dari situ, bermula pelbagai konflik dan perkara tidak dijangka.

Secara peribadi, saya sudah menjangkakan corak jalan ceritanya. Namun, perjalanan dan perkembangan plotnya boleh dikatakan agak perlahan.

Babak rasuk nampaknya tidak terlalu panjang seperti yang saya jangkakan. Hanya muncul sekali sekala, namun adalah juga impak buat saya sebagai penonton.

Berbanding filem The Exorcist pada 1973, filem kali ini lebih banyak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) dan jika ditanya mengenai tahap ketakutan, saya rasa tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan CGI yang digunakan.

Dari sudut aksi, ada beberapa babak yang membuatkan saya tidak senang duduk saat berada di kerusi pawagam. Ditambah pula dengan pengalaman menonton di layar IMAX, kesannya lebih 'besar' buat saya.

Babak mata Chris ditikam dengan salib dan bagaimana kepada paderi diputar membuatkan perasaan khuatir, risau dan 'seriau' bergabung.



BABAK Katherine lakonan Olivia dirasuk.


The Exorcist: Believer juga mengangkat tema mengenai kepercayaan seseorang individu untuk dijadikan pegangan.

Watak Victor melambangkan seorang individu yang tidak mempercayai Tuhan selepas kematian isteri. Dia simbolik kepada individu moden yang lebih percaya kepada logik akal.

Namun, mahu atau tidak, dia perlu percaya juga dengan kewujudan perkara ghaib termasuk kewujudan iblis yang sentiasa mengganggu manusia.

Bagi mereka yang pernah menonton filem pertama, saya yakin kehadiran watak Chris lakonan Ellen Burstyn dan Regan lakonan Linda Blair akan mengubat kerinduan anda.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... isau-seriau-bersatu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051975 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list