CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7988|Reply: 0

RTG dapat peruntukan RM20 juta

[Copy link]
Post time 14-10-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Putrajaya: Pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000 akan menjadi 'game changer' bagi industri sukan di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perkara itu amat penting terutama bagi ibu bapa membelanjakan barangan sukan untuk anak mereka.

Secara tidak langsung, objektif utama untuk mengubah gaya hidup kanak-kanak agar aktif di dalam sukan nampak semakin positif.

"Apa yang kita minta seperti 'game changer' seperti polisi pelesan cukai akan bantu KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menghadapi kenaikan kos latihan dan semuanya.

"Paling saya gembira adalah inisitif cukai, saya rasa ini adalah 'game changer' di mana kategori di buka untuk membenarkan pelepasan cukai peralatan sukan dan latihan.

"Sukan ini sangat penting untuk ibu bapa yang melabur duit simpanan setiap bulan untuk kekalkan anak mereka aktif.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Menteri kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana banyak membantu kita," katanya.

Hannah turut berkata, meskipun tidak semua permintaan yang dimohon itu lulus, tetapi peruntukan untuk memperkasakan belia dan membantu atlet utama mendapat perhatian.

Tambahnya, dirinya turut mengulas berkenaan peruntukan untuk program Road To Gold (RTG) yang mendapat RM20 juta bagi tahun 2024 berbanding tahun 2023, RM 5 juta sahaja.

"Tetapi anda mesti ingat Road To Gold bukan sahaja untuk Olimpik Paris, dia adalah untuk Olimpik Los Angeles 2028.

"Jadi persiapan perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat untuk jawatankuasa Road To Gold.

"Sama ada atlet disingkirkan atau ada atlet dimasukkan berdasarkan pencapaian atau kelayakan, yang itu akan dibincangkan dalam jawatankuasa Road To Gold," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eruntukan-rm20-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.248894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list