View: 565|Reply: 0
|
[Johor]
Strok haba: Sembilan lagi pegawai muda stabil
[Copy link]
|
|
Hospital Sultan Ismail (HSI). FOTO Arkib NSTP
Johor Bahru: Sembilan pegawai muda yang dirawat di hospital selepas mengalami simptom strok haba ketika menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, kini berada dalam keadaan stabil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata, kejadian membabitkan 10 pegawai muda yang mana tiga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) dan tujuh lagi ke Hospital Kota Tinggi (HKT), untuk rawatan lanjut.
Namun, katanya, seorang yang dirawat di ICU HSI meninggal dunia jam 11.10 malam pada Sabtu.
"Dua lagi sudah tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Sementara tujuh yang dirawat di HKT dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi malam ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pegawai-muda-stabil |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|