CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Kami sedih tapi bersyukur anak dah peluk Islam 6 bulan lalu'

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode

NUR Aisyah (kiri) tidak dapat menahan sebak ketika Sazali (kanan) menunjukkan gambar arwah Muhammad Qusyairie. FOTO Azrul Edham

Port Dickson: "Berita pemergiannya cukup mengejutkan kami, namun kami bersyukur apabila dimaklumkan arwah pergi selepas memeluk Islam enam bulan lalu.

"Lebih 10 tahun ibu kandungnya tidak berjumpa dengan arwah, cuma tahu dia di Semenanjung kerana bekerja," kata Sazali Eli, 57.

Sazali adalah bapa tiri kepada Muhammad Qusyairie Linggi, 21, yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 8, Jalan Pantai di sini, semalam.

Ibu kandung Muhammad Qusyairie, Nur Aisyah Muli, 49, terpisah dengan arwah sejak 2000 lagi. Difahamkan, Nur Aisyah memeluk Islam empat tahun lalu sebelum berkahwin dengan Sazali.

Sazali dan isteri yang menetap di Kota Samarahan, Sarawak tiba di sini, pagi tadi selepas menerima berita kematian anak mereka itu daripada rakan baik arwah, Muhamad Norhuzairi Che Azmi, 21, petang semalam.

"Berita ini amat mengejutkan kami. Tetapi, apabila Muhamad Norhuzairi memberitahu yang arwah mati dalam Islam, ia sudah cukup melegakan kami.

"Bagi saya, inilah kali pertama dan terakhir saya berjumpa arwah Muhammad Qusyairie atau nama asalnya Nicholas Lasah. Arwah masuk Islam enam bulan lalu di Port Dickson," kata Sazali ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson di sini, tadi.

Sazali memberitahu, dia dan isteri ada berhubung dengan arwah melalui panggilan telefon baru-baru ini dan merancang untuk bertemu.

"Arwah ketika itu memaklumkan sukar untuk berjumpa kami (dalam masa terdekat) kerana tiada lagi cuti tahunan, selain tidak cukup duit tambang (penerbangan)," katanya.

Sementara itu, Muhamad Norhuzairi berkata, dia dan arwah amat rapat walaupun tidak bekerja di tempat yang sama.

"Arwah seorang yang baik dan dia berminat masuk Islam kerana tertarik melihat saya sentiasa melakukan solat. Arwah juga rajin bertanya dengan saya mengenai Islam.

"Akhirnya arwah mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Port Dickson April lalu. Arwah meminta saya ajarkan dia mengenai solat dan perkara asas dalam Islam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -islam-6-bulan-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.323215 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list