CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1330|Reply: 0

[Johor] Warga emas menangis tiada duit bayar ikat jamin kerana cabul kanak-kanak berusia 7 tahun

[Copy link]
Post time 17-10-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Muar: Seorang lelaki warga emas hanya mampu mengesat air mata selepas dibawa ke penjara kerana gagal melunaskan ikat jamin RM10,000 yang dikenakan terhadapnya atas pertuduhan mencabul kanak-kanak, minggu lalu.

Tertuduh, Jamil Shuib, 65, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dekat kompleks perniagaan Ulu Belitong, Kluang antara jam 8 hingga 8.30 malam, 13 Oktober lalu.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga pelanggan tetap bertandang ke kedai runcit milik ibu mangsa sebelum berbual dengan kanak-kanak itu.

Kejadian berlaku ketika ibu mangsa sibuk melayan dan menyusun barang dalam kedai dengan tertuduh mengambil kesempatan mencabul kanak-kanak itu.

Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya lalu membuat laporan polis pada hari sama.

Di mahkamah sama, seorang remaja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol kenalan di sebuah taman permainan dekat Ayer Hitam, Batu Pahat, jam 10.30 malam, Jun tahun lalu.

Muhammad Helmi Hakimi Mohd Zaki membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 November ini bagi sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-cabul-kanak-kanak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.513725 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list